Susulam dari aduan dan laporan yang dibuat sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mendakwa bahawa 'Armada' memang tidak terkandung dalam perlembagaan PPBM.
Mangsa banjir Penang tak beri kepentingan Politik |
Pendaftar Pertubuhan ROS, Surayati Ibrahim berkata pihaknya masih belum memberi kelulusan pindaan perlembagaan PPBM yang ingin menggunakan istilah Armada bagi pemudanya.
"Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
"Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan, siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,"katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Dalam erti kata mudahnya, bukan sahaja sayap PPBM itu tidak wujud, malah jawatan yang dipegang oleh Si Budak Hingusan serta barisan kepimpinannya juga adalah tidak sah mengikut perlembagaan parti.
Terdahulu, dua bekas Exco sayap PPBM bersama seorang ahlinya lagi, membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan berhubung penubuhan sayapnya yang tidak sah mengikut perlembagaan parti.
Ahli itu berkata, dia telah meminta pihak pendaftar pertubuhan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perkara itu yang boleh dianggap serius kerana melibatkan sebuah parti politik.
Menurutnya, selain isu tersebut, kepimpinan PPBM juga dengan sengaja menangguhkan Mesyuarat Agung parti yang menurut perlembagaan parti sendiri ia mestilah dilakukan dalam masa setahun selepas parti ditubuhkan.