Menurut Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, tindakan itu perlu dilakukan segera bagi elak masalah pendaftaran ke atas Pakatan Harapan.
"Walaupun mengikut undang-undang ROS, DAP mempunyai 60 hari untuk menghantar laporan proses pemilihan kepada ROS.
"Bagaimanapun, saya telah mengarahkan syarikat audit yang terbabit dalam pemilihan semula CEC itu segerakan kerja mereka," katanya kepada Oriental Daily.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bahawa masalah dihadapi Bersatu dan DAP sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.
DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula CEC kerana pemilihan sebelum ini didakwa tidak sah.
Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS tidak menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan parti itu pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.