Banjir datang lagi! Itulah sebahagian daripada kenyataan yang tersebar secara luas melalui laman media sosial sejak petang semalam apabila banjir kilat kembali melanda Pulau Pinang.
Menurut laporan yang disiarkan, kejadian banjir kilat kali ini adalah diakibatkan hujan lebat yang berterusan sejak tengahari semalam sehingga menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air.
Hujan lebat yang mula turun sejak jam 2 petang itu turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira 0.3 meter dan laluan utama terpaksa ditutup.
Melalui laporan yang sama, jurucakap dari Jabatan Bomba Pulau Pinang mempercayai, kejadian banjir kilat itu berlaku ekoran taburan hujan yang terlalu tinggi pada ketika air laut pasang.
Walaubagaimana pun, bagi sesetengah pihak, kejadian banjir kilat yang kerap kali melanda negeri itu adalah disebabkan kelemahan dan kegagalan Rejim DAPigs membuat perancangan.
Sebaliknya, kejadian seperti ini sering kali berulang dan ianya ternyata menjejaskan rakyat secara lansung dan mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian setiap kali ianya berlaku.
Sekiranya Rejim DAPigs yang diketuai oleh Si Lim Guan Eng tu berhemah dalam perbelanjaan dan menumpukan kepada keperluan rakyat, sudah tentu kejadian ini tidak akan berulang.
Namun malangnya, ketidak-prihatinan Rejim DAPigs ini yang tidak mahu mengambil peduli dengan masalah seumpama ini telah menyebabkan rakyat terpaksa menanggung derita. Inilah hasilnya bila rakyat memilih pemimpin yang Pekak!!!