HINA BUGIS, ADUN BN SERAH MEMORANDUM!!!

ADUN Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membantah tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) menolak usul bagi membahas isu kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menghina etnik Bugis.

Selain itu, memorandum tersebut juga sebagai tanda sokongan kepada baginda selepas Sultan Sharafuddin sendiri menzahirkan kemurkaannya kepada Dr. Mahathir serta bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar menyatakan pendirian sebenar Selangor ke atas Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mengetuai ADUN BN ke Istana Bukit Kayangan berkata, memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.
“Memorandum ini adalah bagi membantah tindakan DUN Selangor menolak usul bagi membahaskan isu kenyataan Mahathir sedangkan ia perkara berkepentingan kerana Sultan Selangor sendiri selaku ketua negeri telah menzahirkan kemurkaan baginda,” katanya kepada pemberita di luar Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.
Selasa lalu, Speaker DUN Hannah Yeoh berkata penolakan usul itu adalah bagi memberi keutamaan kepada perbahasan Belanjawan Selangor 2018 yang perlu dibahas dan diluluskan dalam tempoh 4 hari.

Usul itu dicadangkan ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus bagi mendesak Selangor menghalang Dr Mahathir menggunakan mana-mana premis milik kerajaan negeri dan mahu polis tidak mengeluarkan permit ceramah kepada bekas perdana menteri itu.

Sultan Sharafuddin baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa dan murka ekoran tindakan sebilangan pemimpin yang mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik. Baginda bertitah, tindakan itu boleh mengugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :