JUMUD SANGAT KE PEMIKIRAN SANG EDITOR NI???

Kalau setakat ini la kehebatan seorang bekas Editor membuat kesimpulan berdasarkan kepada gambar yang disebarkan melalui media sosial, memang ianya sangat memalukan.

Mungkin pepatah Inggeris mengatakan bahawa "A Picture Can Speak A Thousand Words". Tapi nampak gayanya, persepsi yang diberikan oleh bekas Editor tersohor ni terlalu sempit.

Antara lain bekas Editor tersohor itu membuat dakwaan kononnya kunjungan YAB Perdana Menteri ke atas Si Ketua Penipu tu hari ini adalah disebabkan kerana terdesak nak kekalkan kuasa.
"Nampaknya Anwar sebagai banduan menjadi rebutan politik. Najib juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa  sekalipun memaafkan Anwar.Mungkin ini diluar jangkaan Mahathir sendiri. 
"Hayat politik Anwar Ibrahim nampaknya semakin panjang dan suatu pusingan sosio politik yang tak dijangka sedang  berlaku. Nilai moral sudah tidak lagi terpakai dalam politik Malaysia.
"Jika Tun Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib maka Najib juga menunjukkan dengan kuasa yang ada padanya beliau sanggup dan boleh melakukan lebih dari Mahathir untuk mempertahankan dirinya."
Dari kenyataan yang dikeluarkan, nampak sangat betapa singkatnya pemikiran seorang bekas Editor yang cukup tersohor itu membuat kesimpulan diatas kunjungan YAB Perdana Menteri itu.

ATAU mungkin sang editor itu cuba nak memanipulasikan kata - katanya untuk dijadikan sebagai bahan sindiran terhadap tindakan yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri itu sendiri?

Apa yang jelas, tindakan yang dipamerkan oleh Sang Editor itu memperlihatkan betapa jumudnya pemikiran dirinya sendiri yang tidak mengenal erti ehsan dan simpati terhadap orang lain. Kot ya pun dia ketandusan idea nak burukkan PM, jangan la sampai nak tunjuk kemaluan dirinya sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :