KOMEN DS HUSAM :
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memilik 200 biji pil kuda, jam 5.22 petang tadi (19 November 2017), apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui Whatsap.
Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu. Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan.
Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak saya ditahan sekumpulan lelaki.
Saya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anak saya pada waktu terdekat diizinkan polis.
YB Dato Husam Musa
9 November 2017/30 Safar 1439
Malaysiakini melaporkan :
Seorang pemuda yang juga anak kepada salah seorang pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.
Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya dipetik sebagai berkata. ~ SUMBER