LAGI BUKTI PPBM ENGGAN DENGAR SUARA AKAR UMBI!!!

Jika sebelum ini, pelbagai pihak sudah tampil mendedahkan keengganan pucuk pimpinan PPBM yang enggan mendengar suara ahlinya diperingkat akar umbi parti secara terang - terangan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila satu persatu isu kepimpinan parti itu mula menjadi perbualan hangat dan ianya turut menimbul keraguan dikalangan ahli parti itu sendiri.

Apa yang memalukan ialah apabila setiap kali perkara itu dibangkitkan, pucuk pimpinan PPBM cuba menafikannya dengan membuat dakwaan terhadap orang lain melalui pelbagai tuduhan.

Kalau sebelum ini, pucuk pimpinan PPBM tu cuba membuat dakwaan kononnya pihak yang mempersoalkan kepimpinan parti itu telah disogok dan diberikan habuan oleh pihak tertentu.

Namun selepas Budak Hingusan kesayangan Tun Mahathir tu memalukan diri dengan membuat dakwaan kononnya wujud sogokan sebanyak RM 5 juta sebelum ini, kaedah itu tidak lagi dapat diguna-pakai.

Maka terpaksa la mereka mencari kaedah lain untuk menutup kelemahan parti itu dari terus dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Termasuklah dengan membuat dakwaan terhadap pihak yang terlibat itu sendiri.

Salah satu caranya ialah dengan menimbulkan kecurigaan dan keraguan terhadap pihak yang membuat desakan agar parti itu dibubarkan kerana melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Apa yang jelas, taktik itu membuktikan bahawa PPBM kini berada didalam keadaan terdesak untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Bayangkan! Jika sekarang pun PPBM tak endahkan suara akar umbinya sendiri, bagaimana pula dengan rakyat???

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :