Laskar siber politik sedang bertempur

Tidak hairanlah pihak pembangkang yang memulakan dulu penggunaan siber sebagai medan untuk melancarkan serangan maklumatnya.
perang-siber
Minggu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyatakan perang siber antara pihaknya dan pembangkang telah lama bermula untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Tidak lama dahulu, dilaporkan laskar siber (cybertroopers) Umno diseru melancarkan serangan ke atas Pakatan Harapan (PH). Mereka diseru supaya “attack, attack, attack” (serang, serang, serang).
Acara himpunan aktivis media sosial pro-BN ini adalah untuk mengingatkan dan menaikkan semangat laskar siber supaya meningkatkan lagi usaha menyerang pihak lawannya. Di samping itu, ia menjadi cara untuk menggerunkan pihak pembangkang mengenai kekuatan angkatan siber BN yang memperoleh dana besar untuk tugasan mereka.
Juga tidak lama dulu, ada laporan menyatakan bahawa Pemangku Timbalan Presiden Umno ,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru laskar siber yang berjuang bagi partinya supaya tidak berbalah sesama sendiri, tetapi sebaliknya memberi fokus kepada sasaran mereka.
Perang siber di Malaysia sudah menjadi komponen penting dalam politik negara ini. Ia merupakan fenomena yang luas dan kompleks serta memerlukan penyelidikan akademik untuk memahaminya.
Namun bagi pemerhati awam, ia mungkin dapat ditinjau dari satu sisi yang dialaminya sendiri. Perbandingan juga boleh dibuat dengan apa yang berlaku di luar negara, umpamanya perang siber dalam politik Amerika Syarikat dengan Presiden Donald Trump menggunakan akaun Twitter dan konsep berita palsu (fake news) yang dilemparkan pada seterunya.
Tetapi dalam pemerhatian penulis yang terhad, iaitu tumpuan hanya pada apa yang dilihat pada Facebook, perang siber sedang berlaku dengan rancak, ia bukan saja lama bermula tetapi berlangsung sejak selepas PRU ke-13 pada 2013 lagi. Malah jika dilihat dari satu sudut, ia sentiasa berlangsung. Malah boleh dikatakan bahawa perang siber sebaik saja muncul ruang siber.
Ruang siber wujud sejak adanya Internet di Malaysia, iaitu dihitung bermula pada 1995 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa itu, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat pimpinan Tengku Razaleigh Hazah masih ada. PRU tahun 1995 bagaimanapun belum menyaksikan adanya penggunaan Internet untuk tujuan politik. Dalam pilihan raya itu, APU menang semula di Kelantan, tetapi dengan kelebihan tipis. Gagasan juga tidak dapat bertapak. Parti Bersatu Sabah (PBS) telah meninggalkan Gagasan. DAP hanya mepertahankan kedudukannya, dan gagal memenangi Pulau Pinang walaupun kempennya bertemakan “Robocop” adalah agresif. Tengku Razaleigh berundur daripada jawatan ketua pembangkang, dan diserahkan semula kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.
Dengan kemenangan cemerlang, Dr Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020. Tetapi lebih penting lagi ialah kepercayaan beliau pada peranan Internet pada masa depan. Beliau menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan juga bandar Cyberjaya di samping projek seperti Sekolah Bestari, Kad Pintar, Teleperubatan dan Kerajaan Elektronik.
Ketua pembangkang juga menyedari mengenai peranan besar masa depan Internet. Di samping turut bercakap mengenai Internet di Dewan Rakyat, Kit Siang turut menerbitkan buku mengenai fenomena baru itu. Sebagai parti memandang kepada kemajuan dengan lambang roketnya, DAP juga sedar mengenai potensi medan siber bagi pihak pembangkang.
Tak terdesak sertai perang siber
Setelah bertahun-tahun mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat pada rakyat kerana media massa dikuasai BN baik melalui jentera kerajaan mahupun pemilikan parti, maka medan siber mula dikenal pasti sebagai ruang luas bagi sesiapa untuk menebarkan pengaruhnya.
Perlu diingat, kemenangan Umno, Perikatan dan BN dalam pilihan raya negara ini amat bergantung pada dominasi mereka terhadap penyaluran maklumat yang dilakukan melalui akhbar, majalah, radio dan televisyen. Tidak ada padang rata untuk pembangkang dalam medan media.
Akta Penerbitan dan Percetakan mengehadkan parti-parti pembangkang untuk menyalurkan hujah mereka kepada akhbar lidah rasmi yang hanya boleh dijual pada ahli.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :