LEPAS BAGI BONUS, REJIM AZMIN ROMPAK BALIK DUIT RAKYAT!!!

Tahniah! Sebaik sahaja Si Menteri Besar Selangor tu mengumumkan pemberian bonus 3 bulan (yang sebenarnya hanya SEBULAN), Rejim Pakatan Si Azmin tu kembali merompak duit rakyat.

Dilaporkan sebanyak 30 buah kenderaan peribadi milik penduduk di Taman Indah Perdana telah disaman oleh Majlis Perbandaran Selayang dengan kompoun sebanyak RM1,000 setiap sebuah kereta.

Ini berikutan tindakan penduduk - penduduk di taman berkenaan yang meletakkan kenderaan nombor dua atau tiga mereka di kawasan lapang yang berhampiran dengan taman mereka.
"Langkah MPS ini harus dipuji dan perlu disanjung tinggi. Inilah Kerajaan yang penduduk taman idamkan dan undi merekalah yang memungkinkan kompoun RM1,000 ini dikenakan," lapor CTS.
Lebih elok kalau kompoun berkenaan dinaikkan lagi. Waima mencecah sehingga RM5,000 pun tidak mengapa. Lagi banyak, lagi ramai yang suka dengan cara Rejim pentadbiran Si Azmin Ali ni.

Inilah salah satu kaedah Rejim Pakatan pimpinan Azmin Ali mengutip hasil agar tahun akan datang kakitangan di Selangor akan dapat menikmati bonus selama 6 bulan dan bukan lagi 3 bulan.

Cara ini baru kena dengan slogan Peduli Rakyat yang seringkali menjadi kebanggaan Rejim Azmin di Selangor. Kalau sebelum ini, duit hasil cukai dan premium tanah dijadikan sebagai sumber. Patutnya Azmin tukar slogan tu dan gantikan dengan "Dari Rakyat Kepada Rakyat"!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :