Heh! Nampak sangat betapa retoriknya Si Rafizi ni bila dia berbicara secara terbuka selepas keluar dari kaca televisyen malam semalam. Cepat betul Si Sotong ni berubah pendirian.
Kalau sebelum ini, semua benda yang dibuat oleh pihak Kerajaan tak betul belaka. Takde lansung perkara yang baik dilaksanakan oleh Kerajaan pimpinan Barisan Nasional dikaca mata Si Rafizi ni.
Bahkan semuanya tindakan dan perlaksanaan yang dijalankan oleh Kerajaan demi untuk menjaga kebajikan rakyat dianggap sebagai 'Gula - Gula' untuk memancing undi semata - mata.
Tapi selepas keluar televisyen malam semalam, tiba - tiba Pakar Strategi PKR itu mula berubah fikiran dan mendakwa pembentangan Bajet 2018 yang dibuat oleh Perdana Menteri baik belaka.
Antara lain, Si Rafizi tu membuat pengakuan secara terbuka bahawa Bajet 2018 itu memberikan pulangan dan manfaat yang cukup besar serta mendapat kesan positif kepada ekonomi Negara.
Bahkan Rafizi juga berkata rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan sebarang pengumuman kerajaan yang mampu memberi manfaat kepada mereka tanpa mengira parti politik yang memerintah.
"Bagi saya mudah, sebaik-baiknya kalau apa-apa dikembalikan kepada rakyat, saya tiada rungutan kerana lebih banyak diberikan (kepada rakyat) adalah lebih baik," kata Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah Rafizi turut mengakui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah memainkan peranan yang baik bagi memastikan pengurusan Felda berada pada landasan yang betul sedangkan sebelum ini dia sering menuduh Tan Sri dengan pelbagai dakwaan!!!