MARA BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA, ADAKAH ISMAIL SABRI PERDAYA PARLIMEN?

ADAKAH Menteri Kabinet Ismail Sabri Yaakob memperdaya Dewan Rakyat tentang berapa banyak yang dibelanjakan agensi kerajaan yang sepatutnya membantu orang Melayu dalam kes bayaran kepada syarikat palsu AS$2?
Itulah adalah persoalan dilemparkan organisasi bukan kerajaan cawangan Australia susulan laporan Mara Inc membayar AS$41.4 juta (RM138 juta) untuk pegangan dalam sebuah syarikat palsu, Thrushcross Land Holdings Ltd pada 28 Ogos 2012.
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/1dmVakG\"></script><script type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
Click Here
Mara Inc membeli Thrushcross kerana ia dilaporkan pemilik bangunan 12 tingkat, UniLodge di 746, Swanston Street, Melbourne. Tetapi ketika transaksi itu dilakukan, Thrushcross sebenarnya tidak memiliki hartanah itu, lapor portal berita Malaysiakini.
Pengambil alihan UniLodge oleh Mara Inc menerusi Thrushcross menjadi tanda tanya apabila ia sebenarnya boleh membeli bangunan itu terus daripada pemilik sebenar- HRSV- dengan harga yang jauh lebih rendah.
Sebaliknya, Ismail Sabri memberitahu Parlimen pada Oktober 2015 yang Mara Inc membayar AS$64.4 juta untuk membeli kepentingan dalam Thrushcross- perbezaan harga sebanyak AS$22.6 juta.
Ismail adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah yang bertanggungjawab ke atas Mara.

Subscribe to receive free email updates: