MENTERI MINTA MAAF BANGKITKAN ISU "SLOW LEARNER"!!!

Bukan mudah untuk seseorang tampil mengakui kesilapan yang dilakukan dan kemudiannya meminta maaf secara terbuka diatas kesalahan yang telah dilakukannya. Itu hakikat seorang manusia.

Yang buat silap kena mengaku salah kerana dia seorang manusia waima dia berjawatan sebagai Menteri sekali pun. Perkara itu memang tidak ada sebarang pengecualian bagi sesiapa.

Jadi, tak salah sekiranya seorang Menteri mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada semua pihak kerana membangkitkan isu berkaitan dengan istilah 'Slow Learner' sebelum ini.

Tapi sepatutnya, Menteri tu perlu sedar sejak dari awal lagi bahawa setiap patah perkataan, setiap ungkapan yang diucapkan sudah pasti akan dimanipulasikan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Perkara itu bukan suatu perkara yang baru dalam dunia Politik hari ini. Dah banyak kali dah perkara seumpama itu diingatkan supaya mereka menjaga bahasa sewaktu memberikan ucapan terbuka.

Hakikatnya, memang takde orang dalam dunia ni yang boleh menerima ungkapan sedemikian rupa. Malah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng pun marah bila dilabelkan sebagai "BODOH".

Walaubagaimana pun, jika dilihat dari satu sudut, ungkapan 'Slow Learner' itu tidak ditujukan kepada semua pihak yang dimaksudkan. Tapi ianya sengaja disalah-tafsirkan oleh sesetengah pihak.

Apa yang cuba disampaikan oleh Menteri itu adalah satu pujian kepada UiTM sendiri dimana institusi pengajian tinggi itu secara terbuka menerima kemasukan dari kalangan orang Melayu.

Waima pelajar yang lembab diterima masuk ke UiTM, tetapi institusi itu tetap berjaya melahirkan graduan - graduan yang mempunyai kelayakan serta menjadi sebahagian dari modal insan Negara.

Berbeza dengan Universiti - Univesiti lain yang sedia ada. Mana diorang nak terima kemasukan pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan sekolah menengah untuk menjadi Mahasiswa.

Tapi, justifikasi itu hanya untuk mereka yang melihat dari sudut positif. Pokok pangkalnya, apa yang diucapkan oleh Menteri itu memang tidak sewajarnya diungkapkan. Zaman sekarang, asal salah sebut sikit, memang jadi bahan kutukan dikalangan puak Pakatan!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :