PAKAR EKONOMI TERSOHOR NEGARA PERTAHAN KENAIKAN HARGA MINYAK, SIAPA YANG TAK FAHAM SEBAGAI BODOH

Image result for harga minyak naik
PETALING JAYA: Rakyat kini sudah mula merasakan nikmat daripada penurunan harga bahan bakar, namun cukupkah dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan sekarang?
Tidak! Ini kerana kaedah menyemak dan menyelaraskan harga RON95 dan diesel yang diamalkan sekarang dikatakan memangsakan rakyat.
Justeru itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendakwa demikian pastinya tidak akan duduk diam selagi dirasainya rakyat menjadi mangsa.
Beliau hari ini menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menukar jadual menyemak dan menyelaraskan harga petrol dan diesel dari sebulan sekali kepada setiap seminggu sekali.
Jelas beliau, langkah tersebut dapat menyelesaikan dua masalah utama. Masalah pertama adalah harga terkini RON95 dan diesel hanya disemak untuk diselaraskan dengan harga pasaran setiap bulan, sedangkan harga minyak mentah terus jatuh setiap hari.
“Ini menyebabkan harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih mahal dari harga pasaran sebenar,” ujarnya.
Rafizi menegaskan, dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh dan dijangka kekal begitu sepanjang tahun 2015, kaedah menyemak dan menyelaraskan harga RON95 dan diesel dengan harga pasaran setiap sebulan sekali seperti yang diamalkan sekarang memangsakan rakyat.
Tambahnya, sistem apungan terkawal yang menetapkan harga setiap bulan adalah harga terkini RON95 dan diesel hanya disemak untuk diselaraskan dengan harga pasaran setiap bulan, sedangkan harga minyak mentah terus jatuh setiap hari. Keadaan tersebut menyebabkan harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih mahal dari harga pasaran sebenar.
Masalah kedua adalah apabila harga yang dibayar oleh rakyat jauh lebih tinggi dari harga pasaran sebenar yang ditetapkan oleh formula, setiap sen lebihan itu dikutip oleh Kerajaan Persekutuan sebagai cukai.
Beliau berpendapat, jumlah sebenar yang dikutip boleh dikurangkan secara drastik sekiranya harga petrol dan diesel diselaraskan dengan harga pasaran secara lebih kerap.
Jelasnya, rakyat akan dapat menikmati harga petrol yang jauh lebih rendah seperti harga RON95 bagi minggu ini sepatutnya hanya RM1.87 seliter mengikut pelarasan mingguan dan rakyat tidak perlu membayar cukai tersembunyi yang terlalu tinggi seperti yang didakwanya.
Beliau telah membuat satu simulasi mengenai jumlah kutipan cukai petrol dan diesel bagi Disember 2014 sekiranya harga RON95 dan diesel diselaraskan setiap minggu kepada harga pasaran.
“Kiraan dalam Lampiran menunjukkan bahawa jumlah kutipan cukai hanyalah RM54.4 juta bagi RON95 (berbanding RM402 juta mengikut penyelarasan bulanan) dan RM40.3 juta bagi diesel (berbanding RM231 juta mengikut penyelarasan bulanan).
“Ini bermakna jika harga petrol dan diesel diselaraskan setiap minggu, rakyat hanya membayar cukai petrol dan diesel sebanyak RM95 juta bagi Disember 2014 berbanding RM633 juta di bawah kaedah sekarang,” tambah Ahli Parlimen Pandan itu.
Rujukan seterusnya boleh baca di sini oleh Pakar Ekonomi Tersohor negara kita , http://ift.tt/2yKWiVn
http://ift.tt/2mcjFRV

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :