Heh! Selepas kantoi memalukan diri sendiri dalam status dilaman twitter berhubung isu peruntukan TVET baru - baru ini, Si Azmin Ali sekali lagi kantoi menipu dalam Bajet 2018 Selangor.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin membuat pengumuman mengenai Bonus untuk kakitangan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinannya sebanyak 3 bulan.
Padahal, bonus yang diumumkan untuk Bajet 2018 itu hanya sebulan sahaja kerana 2 bulan lagi sudah dibayar pada bulan Jun 2017 sebelum ini. Bijakkan Si Azmin Ali tu menipu rakyat?
Dalam erti kata mudahnya, Si Azmin tu cuba bermain kata - kata untuk menyedapkan teliga dengan memberikan gambaran kononnya Rejim Pakatan Selangor tu prihatin terhadap kakitangan awam.
Tambah memalukan ialah apabila dalam masa yang sama, Si Azmin tu juga turut memaklumkan bahawa duit bonus itu dibayar dengan menggunakan duit premium tanah dan hasil cukai tanah.
Maknanya, duit yang dibelanjakan oleh Si Azmin Ali itu datangnya dari poket rakyat yang membayar premiun serta cukai tanah kepada pihak pentadbiran Rejim Pakatan Haprak tu sendiri.
Dari satu sudut, tindakan Si Azmin Ali tu membelanjakan duit hasil kutipan dari rakyat melalui bayaran premium serta cukai tanah hanya menguntungkan kakitangan awam semata - mata.
Perkara itu jelas apabila peruntukan sebanyak RM 94.65 juta itu tidak melibatkan golongan petani, pesawah, pekerja swasta dan juga nelayan secara lansung yang turut membayar cukai yang sama.
Bak kata puak Pakatan Haprak tu juga, cukai ni semua orang kena bayar. Tapi yang mendapat keuntungan hanya sesetengah pihak. Maka secara kesimpulannya, bukan semua orang dapat bonus tiga bulan seperti yang dibanggakan sangat oleh Si Azmin Ali tu!!!