Perkasa: Kemasukan pelaburan China ancam Melayu, pribumi

Timbalan Presiden Perkasa, Sirajuddin Salleh berkata, projek mega yang dijalankan menggunakan dana China langsung tidak menguntungkan rakyat, khasnya golongan pribumi.
Sirajuddin-Salleh_perkasa
KUALA LUMPUR: Perkasa bimbang kemasukan besar-besaran pelaburan dari China akan mengancam hak orang Melayu dan pribumi di negara ini.
Ini kerana, kata Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh, projek mega yang dijalankan menggunakan dana China langsung tidak menguntungkan rakyat, khasnya golongan pribumi.
Beliau berkata, pihaknya juga khuatir perpaduan nasional semakin goyah dan rapuh seperti telur di hujung tanduk, susulan kemasukan pelaburan dari China.
Katanya, keadaan diburukkan dengan tindakan kerajaan meluluskan pembinaan 10 sekolah jenis kebangsaan Cina yang akan “mendalamkan” lagi jurang perkauman.
“Bimbang akan masa depan Islam dan Melayu di bumi yang telah didiami sejak 63,000 tahun lalu.
“Bimbang akan kata-kata Hang Tuah bahawa ‘tak akan Melayu hilang di dunia’, akan hanya tinggal sebagai mitos dan sejarah,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Khas Tahunan Sayap Perkasa Ke-4 hari ini.
Menurut laporan Bernama, setakat November 2016, dagangan dua hala Malaysia dan China mencecah RM170.6 bilion sepanjang tahun lalu, meningkat 1.3% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Pada 26 Oktober lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, keputusan membina 10 sekolah rendah Cina baharu dan memindahkan 6 sekolah sedia ada bertujuan memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Drama Menteri KPDNKK.....   Nantikan episod drama yg mana kerajaan Umno/BN begitu prihatin terhadap susah perit kehidupan rakyatnya.. Sekira hadapi masaalah den… Read More...
  • Duit #1MDB 2012... Taja 400 jemaah haji (@ RM9,980) = RM3.99 juta Bayar anak tiri Najib (anak kandung Rosmah) & kawan2 main judi di Las Vegas = $13 juta … Read More...
  • Menteri KPDNKK...!!! #hashtag dlm portal KPDNKK #CaringMinistry ?? 'caring' tang mana tu ??! Bangga sungguh dgn pangkatnya, semuanya Dato' Sri.. tapi... Tak … Read More...
  • Musim Dedak..... Sejak pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) makin kerap wajah2 ulama mahupun pemimpin PAS di akhbar2 Umno terutaman… Read More...
  • Kelantan Sekarang....!!! Bila rakyat cuba menegur isu sampah yg tak terbendung, begini jawapan balas pemimpin mereka.. "Orang macam inilah yang disebut ada mata ti… Read More...