PH BANTAH PROSES UNDI BELAH BAGI DAN POHON UNDI DI BILANG SEMULA.

Sidang akhbar PH membantah proses undi belah bagi Bajet KDNKK 2018
  yang telah melanggar peraturan dewan.

 Ahli Dewan Rakyat Puchong, Govind Singh Deo telah memohon kepada Yang di Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia supaya keputusan mengundi dalam pengundian belah bagi Bajet KPDNKK 2018 disemak semula bagi mengesahkan keputusan yang tepat dalam pengundian tersebut.

Mengikut keputusan yang diumumkan oleh Speaker, keputusan undi belah bagi dlm pengundian Bajet KPDNKK 2018 ialah 52 menyokong berbanding 51 menolak dan 2 (MP Pas) berkecuali.

 Namun mengikut dakwaan Gobind, jumlah sebenar undi menolak ialah 52 sebagaimana senarai yang dikepilkan bersama.

Gobind juga mendakwa bahawa Dato Seri Hamzah Bin Zainudin,  Menteri KPDNK telah melanggar peraturan yang cukup jelas kerana telah pergi ke meja setiausaha dan melibatkan diri dalam  proses pengiraan undi tersebut.

Selain itu, Gobin juga membantah kerana terdapat beberapa Ahli Dewan Rakyat, di antaranya ialah YB Datuk Raimie Unggi (BN Renom), Datuk Ngoh Nai Kwong (BN Alor Gajah), Dato Seri Azalina Othman (BN Pengerang) dan Dato Seri Ismail Sabri  Yaakob (BN Bera) yang masuk lewat telah dibenarkan untuk membuang undi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :