Saya hanya tahu setelah membaca berita desakan Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy supaya MB letak jawatan sebagai Presiden KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) di Utusan Malaysia dan Kosmo hari ini.
-
Menurutnya cadangan itu adalah untuk jaga nama baik parti UMNO yang sering dijadikan" kambing hitam" oleh pihak berkepentingan yang menjadikan bola sepak sebagai medan mencetuskan amarah serta meraih simpati poltik,
Malah ,katanya, tindakan para penyokong"mengeboo" Ahmad Bashah pada perlawatan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Selangor Sabtu lalu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat mengecewakan.
Saya sendiri yang tidak hadir ke stadium itu tidak pasti bahawa suara teriakan penonton itu adalah mengeboo Ahmad Bashah sebaik sahaja nampak gambarnya di kaca besar TV tetapi bila mengesyaki demikian terlintas simpati saya kepadanya kerana walaupun mejangka hal ini akan berlaku tetapi beliau menghadirkan juga diri bagi menghormati protokol untuk bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
Bagaimanapun saya kira adalah lebih bijak jika Ketua Pemuda UMNO Kedah hanya membisu dari menimbulkan pekara ini yang tidak mendatangkan faedah politik kepada MB Kedah yang sedang tergugat dengan ancaman politik yang amat serius di negeri Kedah terutama cabaran yang dihadapi dari PAS negeri Kedah sendiri yang pepat diluar tapi rencong di dalam.