TUNGGUL KAYU MANA TAU APA - APA!!!

Heh! Apa yang nak diherankan sangat dengan Si Wan Azizah ni bila dia terlupa apa isi kandungan yang telah dibentangkan dalam Bajet Khayalan puak Pakatan Haprak tu sebelum ini.

Dah nama pun Bajet Khayalan Pakatan Haprak itu hanya dibuat atas dasar syok sendiri. Bukannya puak diorang betul - betul serius nak melaksanakan apa yang telah mereka bentangkan.

Kot kalau sebelum ini pun, isi kandungan pembentangan Bajet Khayalan puak Pakatan Haprak tu banyak bergantung kepada idea lapuk yang dikitar semula untuk memancing undi.


Jadi, tak pelik la kalau Si Wan Azizah tu senada dengan anak dia, Nurul Izzah meroyan macam orang hilang akal apabila Kerajaan membuat keputusan memansuhkan empat buah tol.

Malah Presiden Pakatan Haprak tu hanya dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh berubah pendirian hanya dalam tempoh masa lima hari sahaja.

Pada 25 Oktober, Wan Azizah selaku Ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata pihak pembangkang bersedia menghapuskan tol jika pembangkang berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14.

Walau bagaimanapun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan kutipan tol dalam pembentangan Bajet 2018, Wan Azizah menukar pendiriannya.

Sebaliknya, Wan Azizah membuat dakwaan bahawa dia tidak bersetuju dengan pemansuhan keempat - empat tol itu dengan alasan kononnya ia akan membebankan rakyat.

Hakikatnya, soal kredibiliti Si Wan Azizah ni sebagai seorang pemimpin bukannya satu isu baru. Tapi ianya sudah menjadi rahsia umum dimana dia memang tidak mempunyai pendirian yang kukuh.

Tengok keadaan sekarang pun cukup la. Mula dia suruh pemimpin PKR Kelantan letak jawatan lantikan mereka secara serta merta. Tapi tak lama kemudian dia tarik balik arahan serta merta tu.

Begitu juga pendirian Wan Azizah terhadap Tun Mahathir yang selama ini didakwa sebagai pemimpin Diktator yang telah menganiayai keluarganya dengan menuduh suaminya seorang Peliwat.

Tapi hari ini, pendirian Wan Azizah terhadap Tun Mahathir bukan sahaja berubah 360 darjah, bahkan bekas Perdana Menteri yang memecat suaminya itu juga yang dijulang dan disanjung sebagai seorang pemimpin ulung!!! Tidakkah itu MUNAFIK namanya!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :