Sejak kebelakangan ini, kuat terdengar dan boleh dibaca dalam beberapa kenyataan media berkaitan dengan parti tertentu yang mahu bertanding dikerusi Parlimen Cameron Highland.
Sibuk sangat diorang ni nak merebut kerusi Parlimen Cameron Highland tanpa merujuk kepada orang lain. Diorang ingat, kerusi Cameron Highland tu Bapak diorang punya gamaknya.
Dari satu sudut, tindakan beberapa orang pemimpin itu jelas menunjukkan sikap biadap mereka terhadap kepimpinan sama ada dikawasan Cameron Highland mahupun di Negeri Pahang sendiri.
Kalau diikutkan, sepatutnya calon bagi sesuatu kawasan itu perlu bergantung kepada kemahuan pengundi. Kalau pengundi nak calon dari MIC, maka calon MIC la yang bertanding.
Tapi kalau calon MyPPP boleh menang, dan rakyat menyokong calon tersebut, maka parti itu sepatutnya bertanding. Ini bukan soal siapa punya kerusi atau siapa yang layak untuk bertanding.
Malangnya, sentimen dikalangan rakyat itu yang tidak diendahkan oleh pemimpin - pemimpin tersebut. Sebaliknya mereka pulak yang ghairah membuat kenyataan media secara terbuka.
Malah tindakan mereka itu juga seolah - olah menidakkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang sedangkan nama calon yang akan bertanding juga memerlukan persetujuannya.
Kalau nak diikutkan dari segi kelayakan, calon UMNO lebih layak untuk bertanding memandangkan UMNO yang banyak buat kerja dikawasan tersebut sejak Ahli Parlimen sedia ada tidak berfungsi.
UMNO yang mengambil berat tentang kebajikan rakyat dikawasan tersebut. UMNO yang banyak membantu menyelesaikan masalah mereka, termasuk dikawasan DUN Tanah Rata yang dikuasai DAPigs.
Bahkan, bilangan pengundi Melayu dan Bumiputera dikawasan Cameron Highland itu sendiri merupakan golongan majoriti serta melayakkan UMNO untuk meletakkan calon mereka.
Maknanya, parti lain ni tak payah nak sibuk la berebut kerusi kawasan Cameron Highland tu. Kalau takde UMNO yang membantu mereka masa Pilihan Raya nanti, jangan mimpi la diorang boleh menang. Setakat berkokok dalam laman media, takde faedahnya!!!