WOW! TOL PUNYA PASAL SAMPAI AZMIN NAK KE MAHKAMAH???

Heh! Herankan dengan Si Azmin Ali ni. Dia punya meroyan memang lain macam. Sampai tahap nak dibawa ke mahkamah bila isu konsesi tol yang dimiliki oleh Rejim Pakatan Selangor dibangkitkan?

IRONIKnya, yang bersuara tu bukannya orang lain. Tapi dikalangan rakyat Selangor sendiri. Pun Si Azmin tu nak bawa mereka ke mahkamah? Di mana slogan Peduli Rakyat yang dibanggakan oleh Azmin?

Kot kalau selama hari ini, puak Pakatan Haprak tu meroyan macam orang hilang akal pasal isu tol, takde pun orang ambik tindakan sampai nak mengheret mereka sehingga ke mahkamah. 

Kalau nak diikutkan, pihak konsesi tol yang nak didesak oleh puak Pakatan Haprak tu boleh je ambik tindakan sedemikian. Tapi bezanya diorang ni mempunyai akal dan fikiran yang waras.

Tak macam Si Azmin Ali ni yang secara terang - terangan mudah melatah tak tentu arah bila pelbagai pihak tampil mempertikaikan tindakan Rejim Pakatan yang enggan memansuhkan tol.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Azmin Ali tu beri alasan kononnya Rejim Pakatan Selangor tu hanya memiliki saham minoriti dalam konsesi tol KESAS dan SPRINT. 

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh Si Azmin Ali tu hanya sekadar retorik semata - mata. Malah tindak balas puak Pakatan Haprak tu mengenai isu tol pun dianggap ironik.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila puak Pakatan Haprak tu meroyan tak tentu arah membuat dakwaan yang bukan - bukan bila YAB Perdana Menteri umum pemansuhan 4 buah tol baru - baru ini.

Puak Pakatan Haprak tu cuba memberikan gambaran kononnya pemansuhan tol itu hanya akan membebankan rakyat apabila mereka didakwa akan menanggung kos pembayaran konsesi tol terbabit.

Padahal, dalam pembentangan Bajet Khayalan puak Pakatan Haprak tu secara terbuka menyebut kononnya diorang nak menghapuskan tol sekiranya diorang dapat memerintah kelak.

Tambah memalukan ialah apabila puak Pakatan Haprak tu mendakwa Bajet Khayalan itu akan dijadikan sebagai Manifesto Pilihan Raya Umum yang akan datang. Belum pun dapat berkuasa, dah menipu. Kalau dah dapat memerintah kelak, alamat jahanam la Negara jawabnya!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :