17 TAHUN AHLI PAS TANGGUNG DOSA???

Terasa hairan juga dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO yang disiarkan melalui laman portal Haprakdaily hari ini. Kenapa sekarang baru dia bersuara?

Dalam kenyataan yang dibuat bekas AJK Puteri UMNO itu, dia mencabar agar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah mengadakan operasi secara besar - besaran bagi mencegah maksiat.

Katanya, sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ini berlansung, banyak gejala maksiat berlaku kerana para perwakilan terdiri dari kalangan suami dan isteri orang bercampur gaul.

Dari satu sudut, memang tak salah saranan yang diberikan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Malah saranan yang dibuat agar JAWI mengambil tindakan sedemikian sangat dialu - alukan.

Tapi, ahli PAS itu seolah - olah secara tidak lansung telah memalukan dirinya dengan mengakui bahawa dia sedikit pun tidak rasa bersalah apabila melihat perkara itu berlaku didepan matanya.

Kalau orang lain yang mempunyai didikan Islam yang kuat didalam keluarganya sendiri, sudah pasti dia tidak akan menyertai UMNO sekiranya benar gejala seperti yang disebutkan itu berlaku.

Malah persoalannya, jika dia benar - benar mahu mencegah kemungkaran itu berlaku, ianya sudah dilakukan sebelum ini. Tapi kenapa baru sekarang dia nak menyuarakan perkara itu secara terbuka?

Bayangkan. 17 tahun dia membiarkan perkara seperti itu berlaku tanpa dia membuka mulut dan bersuara mengenainya. Bermakna, selama 17 tahun juga dia menanggung dosa dari bersubahat dengan apa yang didakwanya sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :