APA KAU MEREPEK NI, KJ!!!

Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, ketuanya Khairy Jamaluddin yang dulunya adalah "budak nakal" Geng Tingkat 4 ketika era kepimpinan bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi,  tidak melepaskan peluang untuk menyerang Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad.

Mahu tidak mahu,  serangan KJ ini adalah dendam yang mewakili bapa mertuanya kerana tersingkir daripada kerusi empuk Perdana Menteri akibat tekanan Tun Mahathir pada 2009 dahulu.

Terdapat tiga isu yang dilontarkan beliau dalam ucapannya yang meskipun mendapat perhatian daripada perwakilan yang mendengarnya, tetapi sebenarnya menyerlahkan kedangkalannya tentang hakikat sebenar.

Lantaran itu, tiga isu yang disentuhnya itu bukan saja dianggap merepek, malah secara tidak langsung menyerlahkan hakikat ia hanyalah dilantunkan untuk membodek dan menggembirakan hati Najib Razak semata-mata.

Sedihnya dengan watak pemimpin muda yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri ini.
Pertama, KJ menghuraikan sebab mengapa pemimpin-pemimpin UMNO yang kini lantang menyerang Tun Mahathir tidak berbuat demikian ketika bekas Perdana Menteri itu berkuasa dahulu.

Kata beliau, ia adalah kerana ketika kepimpinan Tun Mahathir dahulu wujudnya budaya ketakutan dalam parti,  kerajaan dan juga negara berikutan cara pemerintahan yang bersifat kuku besi.

Dulu tiada kebebasan bersuara, baik di luar mahupun di dalam parti. Suratkhabar yang kritikal ditutup, pengkritik dicekup dan dihumban ke dalam penjara seperti dalam Ops Lalang, ujar beliau.

Wahal KJ "sibudak nakal", jika benar Tun Mahathir bersifat kuku besi dalam pemerintahannya, tidakkah beliau sedar bahawa bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi pernah bersama Team B untuk menentang bekas Perdana Menteri itu, tetapi kemudian dibawa masuk menjadi menteri dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri?

Bagaimanakah seorang yang bersifat kuku besi boleh melantik musuhnya sendiri untuk menjadi penggantinya?

Malah, kerana sifat "kuku besi" Tun Mahathir yang melantik musuhnya sendiri sebagai Perdana Menteri itulah KJ akhirnya dapat mengetuai Geng Tingkat 4 dan seterusnya menjadi menantu kepada Tun Abdullah Badawi.

Jika tidak kerana Tun Mahathir yang "berkuku besi" itu, di mana dan bekerja sebagai apakah KJ agaknya sekarang ini?

Tidakkah ini bermakna KJ seharusnya berterima kasih dengan pemerintahan "kuku besi" Tun Mahathir?
Kedua, KJ seterusnya  meminta ahli UMNO dan rakyat membuang nostalgia dongeng terhadap Tun Mahathir sehingga mereka percaya pembangunan negara jauh lebih baik di zamannya berbanding era Najib Razak.

Kata beliau, fokus pembangunan Tun Mahathir hanyalah memfokus kepada Lembah Kelang semata-mata, bukannya ke seluruh negara.

Kesian pun ada dengan KJ "sibudak nakal"  ini kerana  beliau nampaknya lupa tentang Lebuhraya tentang Utara-Selatan yang merentas Johor hingga ke Kedah yang secara tidak langsung menyebabkan persekitaran laluannya di seluruh negara membangun dengan pantas?

Tidakkah semua itu merangsang pembangunan ke seluruh negara?

Selain itu, disebabkan banyak pembangunan lain yang nyata berfaedah untuk masa depan negara seperti KLCC, KLIA, Putrajaya, Litar Sepang dan lain-lain yang dibina atas idea Tun Mahathir, meminta rakyat membuang nostalgia bekas Perdana Menteri itu tidaklah semudah yang disangka.

Ini kerana, ia bukanlah nostalgia dongeng sebagaimana tanggapan KJ, sebaliknya sesuatu yang nyata dan dapat dinikmati oleh rakyat jelata, kecualilah jika Pemuda UMNO berani mencadangkan agar semua bangunan itu dirobohkan serta-merta.

Lagi pula, nostalgia terhadap Tun Mahathir itu tidak pun jauh bezanya dengan karenah KJ sendiri sewaktu mengetuai Geng Tingkat 4 yang menguasai Perdana Menteri ketika itu sehingga menjadi percakapan ramai dan akhirnya UMNO dan BN dihukum dengan pertama kalinya hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :