Bantah Pengisytiharan Baitul Maqdis : Pas dan Umno patut buktikan kuasa Melayu Islam mereka!


Umno dan Pas sepatutnya dapat mengambil kesempatan di waktu ini untuk membuktikan kepada rakyat gandingan kuasa Melayu Islam yang selama ini menjadi slogan mereka dengan menganjurkan Himpunan Raksasa dan Solat Hajat Perdana di Dataran Merdeka atau di dewan besar PWTC di imamkan oleh pimpinan ulama' sedunia, Tuan Guru Hj Hadi Awang!

Demikian, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak, DS Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas tindakan Pas menganjurkan demo di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat hari ini.

Kalau ketika berkempen RRU 355 dulu, Pas begitu bermegah dengan penganjuran Himpunan dan Solat Hajat Perdana di Padang Merbuk, kenapa dalam hal yang lebih penting dan isu yang lebih mencabar sebegini Pas hanya mampu membuat bantahan di hadapan Kedutaan US sahaja? Soal Nizar.

Pada hari ketika Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai kapital city israel, Umno pula sedang mengadakan Perhimpuanan Agongnya di PWTC.

Jika Umno benar prihatin terhadap Palestin, sudah sepatutnya pada hari tersebut, PAU membuat usul tergempar untuk mengecam tindakan biadap Trump, rakan baik yab PM Najib!

Dengan cara demikian, barulah penentangan ini mempunyai erti dan maqsud yg tinggi nilainya, sebagai merealisasikan kemuncak kemarahan dan penentangan seluruh pimpinan, perwakilan serta pemerhati PAU tersebut.

 Nizar juga turut menyarankan agar Tuan Guru Hj Hadi, sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Kesatuan Dunia mendesak OIC agar segera bertindak tegas memutus hubungan diplomatik atau sekurang kurangnya mengarahkan kesemua para duta US dinegara OIC masing masing diberi arahan tegas.

YAB PM Najib yang sebelum ini mengakui dirinya sebagai rakan karib Donald Trump, sepatutnya membatalkan serta merta berbilion bilion ringgit pelaburan infra di US serta pembelian puluhan boeing kerana Trump kini tidak  lagi mengormatinya sebagai rakan karib, tegas Nizar.

Menurut Nizar, di Indonesia, Jokowi akan memanggil sidang khusus dengan negara anggota Organisasi Konferensi Islam (OKI).

Jokowi  juga telah memerintahkan Menlu untuk memanggil Duta Besar Amerika Serikat, untuk menyampaikan bantahan Indonesia, kata Nizar.

Mengapa kita di Malaysia tidak mahu mengadakan sidang khas sehari dewan rakyat utk bahaskan dan menolakbantah pengisytiharan tersebut? Soal Nizar dengan kesal.

Jika Umno dan Pas dapat lakukan Solat Hajat Perdana, isu maksiat di PAU sekali gus akan dapat dipadam.... tak gitu ?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :