GUAN ENG SAWAN SURUH HADI AWANG SAMAN NST!!!

Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng meroyan sakan mendesak Presiden Pas, Hadi Awang mengambil tindakan saman terhadap media yang menyalah tafsirkan kenyataannya tentang pemimpin Melayu, beragama Islam sahaja boleh menjadi menteri di Malaysia.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu bukan sahaja boleh menyakitkan hati orang bukan Islam dan bukan Melayu malah turut bersifat mengancam.
"Saya harap dia (Abdul Hadi) boleh saman media berkenaan kalau benar apa yang dia cakapkan itu telah disalah tafsir.
"Sekiranya dia tak berani saman media terbabit itu bermakna dia telah menyakitkan hati orang bukan Islam, orang bukan Melayu dan mengancam mereka dengan apa yang disyorkan olehnya," katanya ketika ditemui media di sini pagi tadi.
Abdul Hadi dalam sebuah artikel minggu lalu mencadangkan orang bukan Islam boleh memegang jawatan dalam Kabinet tetapi hanya dalam peranan sebagai teknokrat dan bukan jawatan yang memuat keputusan.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, rumusan beberapa agensi berita yang bertajuk 'Presiden Pas: Anggota Kabinet Melayu Untuk Malaysia' mengenai kenyataan Abdul Hadi yang disiarkan di Harakah Daily pada 22 Disember lalu telah dilaporkan secara salah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :