IMAMS: KEMENTERIAN PATUT RINGANKAN BEBAN BUKAN TAMBAH BEBAN

Pelaksanaan apa dinamakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang akan mengendalikan urusan pengeluaran visa umrah dan ziarah di negara ini telah menimbulkan pro-kontra dan menjadi polemik di dalam media sosial. Menerusi sistem itu semua visa umrah dan ziarah akan diuruskan secara tunggal oleh badan berkenaan menerusi sistem itu.
Rasional yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan (KPK) yang bertanggungjawab membenarkan sistem ini wujud, ialah untuk menambah-baikan urusan pengeluaran visa juga kebajikan jemaah mengerjakan umrah dan ziarah. Namun awal-awal sudah ada kecurigaan sejauh mana alasan dan hujah itu benar dan boleh dipercayai?
Beberapa persoalan muncul apabila sistem baru dilancarkan itu dan akan berkuat kuasa 18 Disember 2017 ini, antaranya mengenai pemilik atau anggota lembaga badan itu sendiri (IMAMS). Apakah ianya dipunyai atau diduduki oleh orang Islam sepenuhnya atau sebaliknya? Ada pertikaian mengenal hal ini.
"
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/2htaS8r type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
"
Dan apabila jemaah ditipu makan tepat untuk
bergantung harap ialah pemberian sabil. 
Sebelum sistem ini dilancar KPK seharusnya menjelas dan mengumumkan anggota pengarah dalam IMAMS ini agar ia tidak menjadi pertikaian dan mengelirukan. Penjelasannya hendaklah telus agar ia dapat mengelak sebarang persepsi ia diwujudkan atas motif politik untuk memberi kelabaan kepada kroni?
Bukan itu sahaja rasional ia diwujudkan dan juga kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi dengan adanya sistem ini yang mana sebelum ini terdapat pelbagai masalah dalam urusan jemaah umrah negara ini.
Selebih dari itu, kewujudan sistem ini juga menjadi pertikaikan apabila semua syarikat mendapat lesen (KLU) dibawah KPK untuk menguruskan visa umrah dan ziarah perlu membayar sebanyak RM45.00 campur RM2.70 cukai GST ke atas setiap pemohon visa diuruskannya. Apakah ia bermaksud syarikat (agensi) akan membayar tanpa dikenakan cukai balas kepada setiap jemaah?
Selain itu juga, menerusi sistem ini, insuran perlindungan yang hendak diambil oleh jemaah dikenakan bayaran sebanyak RM85.00 bersama cukai GST sebanyak RM5.10 perorang. Dalam satu kenyataan KPK menjelaskan setiap jemaah tidak perlu membayar lebih daripada ditetapkan sebanyak RM90.10?
Kalau diteliti kepada peraturan ini ada dua bentuk bayaran “tambahan” yang dikenakan terhadap setiap jemaah menerusi sistem ini yang mana tidak wujud sebelum ini. Bayaran itu difahamkan ia akan dibayar oleh syarikat atau travel agen mengenalikan umrah, tetapi apakah apabila ia dilaksanakan hakikat itu jadi sebaliknya. Bahawa tiada lagi bayaran tambahan yang tersembunyi dibuat yang bakal membebankan jemaah?
Munasabahnya apabila syarikat atau agensi telah terbeban, tidak boleh tidak, mereka akan berkongsi dengan jemaah. Atas nama “kebajikan komersial” mereka akan melakukannya. Justeru kenyataan dan jaminan oleh KPK itu tidak boleh dipercayai apa lagi berdasarkan pengalaman lepas.
Misalnya mengenai kesan pelaksanaan cukai GST, seorang timbalan menteri (sebut saja namanya Ahmad Maslan) pernah membuat kenyataan apabila cukai GST dilaksanakan harga barang akan turun. Apa yang berlaku sebaliknya, harga barang melambung-lambung, naik macam belon ditiup angin. Kan itu sudah pembohongan hangit.
Sudah dipastikah apabila segala terma dalam sistem ini dilaksanakan nanti kadar itu kekal atau pun akan ada tambahan-tambahan lain tersembunyi yang tidak diumumkan. Perlu disedari jemaah umrah dan ziarah akan sanggup membayar berapa sahaja keperluan diminta apa lagi bila diminta pada saat-saat akhir atau semasa sudah berikhram di tanah suci demi mereka dapat mengerjakan umrah dengan sempurna. Kalau (perangkap) ini terjadi ia sungguh malang dan boleh dianggap sebagai satu bebanan dan penganiayaan kepada jemaah umrah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :