Adakah ini masa depan Malaysia? Kemungkinan besar keadaan seperti ini akan dibenarkan berlaku di Malaysia sekiranya rakyat dikalangan umat Islam membenarkan Pakatan Haprak tu berkuasa.
Kerana perkara itu cukup jelas melalui dasar perjuangan mereka yang mahu semua benda dilakukan secara bebas. Malah, bukan sahaja LGBT dibenarkan secara terbuka. Zina pun dihalalkan.
Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di negara paling ramai Muslim di dunia itu, kini giliran Tunisia menghancurkan akhlak remajanya.
Media antarabangsa semalam melaporkan negara Islam di rantau Afrika Utara itu berjaya melancarkan stesen radio khas untuk komuniti LGBT yang pertama di rantau Arab baru-baru ini.
Namun ia bersiaran hanya atas talian dan ditubuhkan hasil inisiatif kumpulan hak asasi LGBT tempatan dengan alasan mahu menangani permusuhan rakyat terhadap golongan itu di negara tersebut.
Untuk rekod, amalan terkutuk seperti yang diamalkan oleh golongan LGBT itu telah diharamkan oleh kerajaan Tunisia sejak 1913 dan pengamalnya boleh dihukum penjara selama tiga tahun.
Dikenali sebagai Shams Radio, stesen disokong Kedutaan Belanda di sini beroperasi setiap hari dari pagi sehingga tengah malam dengan menyiarkan berita mengenai isu politik, ekonomi dan sosial yang fokus komuniti LGBT.
Ekoran pelancaran stesen amalan dilaknat Allah ini, ia turut mengundang pelbagai reaksi negatif dan kecaman netizen menerusi media sosial, malah Bouhdid menerima lebih 4,000 ancaman atas talian termasuk ugutan bunuh.
Antara penyampai stesen ialah aktivis LGBT ternama iaitu Amina Sboui atau lebih dikenali sebagai Amina Tyler, 23, yang pernah muncul sebagai wanita Tunisia pertama berbogel menerusi Facebook pada 2013.