Beliau berkata, Dr Mahathir telah menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.
“Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib...Mahathir tidak akan bertolak ansur 10 peratus daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.
“Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini,” katanya.
Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mana beliau adalah Pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini.