KHALID IBRAHIM LANCAR "PERANG" KE ATAS AZMIN!!!

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor demi memastikan negeri itu terus maju dan makmur.

Bekas menteri besar Selangor yang dipecat dari PKR itu bagaimanapun berkata, dia tetap akan bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana parti politik termasuk Umno dan PAS.
“Saya menyambut baik semua usaha yang dibuat untuk memperkasakan perpaduan umat Islam dan rakyat Malaysia sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang sebab saya mahu jadikan Selangor maju makmur dan bersatu. Saya yakin ia lebih efektif berbanding sokong satu pihak yang sokong retorik keadilan.
“Apa pun saya akan bekerja keras untuk menentukan prinsip amanah, telus dan bertanggungjawab dalam segala tindakan dan keputusan demi Selangor.
“Sebab itu saya bersedia untuk bekerja dengan BN Selangor dan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat Selangor,” katanya, ketika sidang media bersama Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Bekas ahli PKR itu menghadiri Konvensyen UMNO Selangor di Dewan Merdeka hari ini. Pada satu ketika beliau dilihat berjalan beriringan dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan seorang lagi bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke Dewan Merdeka.

Turut difahamkan, dia menyertai konvensyen itu atas kapasiti tetamu jemputan. Khalid sebelum ini turut menyertai Muktamar PAS 2017 yang telah diadakan di Alor Setar, Kedah.
“Dengan adanya perjumpaan saya dengan Noh Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mereka sedia menerima kerana inilah yang terbaik untuk rakyat Selangor.
“Saya akan guna pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor supaya mereka dapat memilih parti mana yang boleh menerajui Selangor dengan baik dan berguna kepada semua,” katanya.
Khalid berkata, walaupun beliau akan membantu Umno memenangi Selangor dirinya akan kekal dengan pendiriannya untuk bergerak secara bebas tanpa parti demi memastikan tujuan tidak disalah ertikan oleh rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :