Dalam Politik ni, semua kemungkinan boleh berlaku. Dari satu sudut, tak wujud istilah "Mustahil". Sebaliknya, semua benda boleh dilakukan oleh pemimpin Politik ni sesuka hati mereka.
Hanya budak yang baru nak belajar pasal Politik je akan menganggap suatu perkara itu 'Mustahil' dilakukan didalam Politik. Sedangkan golongan Non-Partisan pun tau mengenai perkara tu.
Jadi, untuk seorang pemimpin Politik seperti Si Jo Bedul ni memberikan alasan kononnya 'Mustahil' gandingan Khalid Ibrahim, PAS dan UMNO mampu untuk menawan Selangor terlalu dangkal.
Malah, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR itu hanya sekadar menunjukkan seolah - olah dia tidak mempunyai asas pendidikan Politik dan cuba nak memperbodohkan orang lain.
Sebagai rekod, suatu ketika dahulu orang Politik juga pernah mendakwa adalah mustahil bagi seorang pemimpin Melayu tegar seperti Tun Mahathir akan bekerjasama dengan DAPigs.
Tapi hakikatnya hari ini, atas dasar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi, perkara yang pernah dianggap 'Mustahil' itu telah berlaku. Bahkan DAPigs juga turut mengangungkan Tun Mahathir.
Walhal, sebelum ini, Tun Mahathir pernah melabelkan DAPigs sebagai sebuah parti Ultra Kiasu, Chauvanist dan turut membuat dakwaan bahawa parti itu menyebarkan fahaman Komunis.
Dan tidak ada sesiapa juga yang menyangka keluarga kepada Si Ketua Penipu tu sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir sedangkan sebelum ini bekas Perdana Menteri itu yang buat hidup mereka menderita.
Maka kesimpulannya, dalam Politik hari ini, memang tak wujud istihal 'Mustahil' seperti mana yang cuba digambarkan oleh Si Jo Bedul tu. Hanya golongan mereka yang Kurang Cerdik je yang mudah membuat anggapan sedemikian!!!