Dah pasrah dengan perjuangan untuk membebaskan bapanya dari penjara kerana dijatuhkan hukuman meliwat bekas pegawai peribadi sebelum ini membuatkan Si Nurul Izzah ni mula meroyan.
Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah tu pernah tampil dengan gimik mengedarkan roti kepada penduduk - penduduk didalam kawasan Parlimennya. Kali ini, ikan pulak jadi modal Politik dia.
Nampak gayanya, Si Nurul Izzah ni dah mula ketandusan idea untuk menarik perhatian rakyat sehingga terpaksa menjaja cerita pasal harga ikan kembong dilaman media sosial miliknya.
Tapi, bak kata sahabat blogger, Cucu Tok Selampit, Si Nurul Izzah ni menggambarkan seorang pemimpin yang Pemalas. Maka sebab itu dia bangkitkan isu tu dilaman media sosial.
Persoalannya, sejak bila pulak harga ikan kembong tu jadi penanda aras untuk dikaitkan dengan isu kenaikkan harga barang sedangkan ianya bukan makanan ruji rakyat di Malaysia?
Kenapa tidak Si Nurul Izzah turun ke padang dan bertemu sendiri dengan nelayan dan peraih ikan untuk bertanya secara lansung kepada mereka mengenai kenaikkan harga ikan tersebut? Kalau setakat duduk dirumah main handphone je, baik tak payah jadi wakil rakyat!!!