Malaysia harus kecam tindakan AS iktiraf Baitulmaqdis ibukota Israel, kata Wan Azizah


Presiden PKR Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail berpendapat Malaysia wajib mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan kedutaannya dari Baitulmaqadis ke Tel Aviv.
Beliau berkata, pengumuman yang dibuat  oleh Trump mengambarkan pemimpin AS itu begitu angkuh.
Malaysia harus kecam tindakan AS iktiraf Baitulmaqdis ibukota Israel, kata Wan Azizah“Pengumuman yang dilakukan dengan begitu angkuh ini merupakan satu tindakan provokasi yang bakal mengancam kestabilan bukan sahaja di rantau Timur Tengah, malah kesannya akan disaksikan di seluruh dunia Islam.
“Malaysia wajib mengecam tindakan AS ini, memandangkan ia mengenepikan harapan rakyat Palestin untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Palestin,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Presiden Pakatan Harapan ini juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu segera menghubungi Trump untuk merekodkan kecaman Malaysia terhadap langkah AS ini.
“Saya juga akan memohon Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu sidang Parlimen tergempar untuk membahaskan usul khas mengecam tindakan AS ini,” ujarnya lagi.
Presiden AS Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.
Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis.
Sehingga kini Malaysia masih belum menyatakan pendirian terhadap tindakan AS itu ke atas Baitulmaqdis.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :