Menang 40 Kerusi : PAS TIDAK BOLEH PERINTAH NEGARA MELAINKAN JADI BARUA ATAU KHADAM SAHAJA


 Hj Hadi dalam ucapanya dalam program Countdown 100 hari PRU14, di Marang, Terengganu hujung minggu lalu berkata, PAS akan bersama dengan Gagasan Sejahtera, akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen pada PRU14 ini.

Sebelum ini, PAS mahu meletakkan calon di 100 daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara dan yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi selain percaya dapat memerintah di empat negeri di semenanjung.

Tidak ada perkara yang baru dalam ucapan Hj Hadi itu selain seperti biasa menyatakan jumlah kerusi sering berubah-ubah jumlahnya. Dan kali ini jumlah kerusi parlimen yang akan Pas tandingi ialah 140 lebih kerusi! Wow!!

Sudah tentu mustahi jika hanya dengan 40 kerusi Pas boleh memerintah negara sebab ia memerlukan sekurang-kurangnya jumlah 112 kerusi.

Pas sebenarnya hanya mampu berkongsi perintah negara dengan mewujudkan kerjasama dengan parti lain.

Pas telah menjalinkan kerjasama dengan Umno/BN secara berselindung... tetapi berselindung di sebalik lalang sehelai yang menjadikan kita semua boleh nampak segala gelagat yang mereka lakukan.

Dengan meletakan calon di 140 kerusi dan Pas hanya mahu menang 40 sahaja daripadanya, bermakna baki 100 kerusi itu, Pas akan serahkan kepada Umno/BN.

Bagaimana boleh jadi begitu? Bukankah Pas akan berlawan dengan Umno/BN?

Percaturannya mudah sahaja. Pas dalam mewujudkan pertandingan 3 penjuru ini terlebih dahulu telah berkonspirasi dengan Umno/BN.

1)  Orang Umno akan mengundi Pas untuk membantu Pas menang di 40 kerusi yang telah dikenal pasti.

2) Sebaliknya di 100 kerusi-kerusi lain, Pas pula akan memberikan undi mereka untuk memenangkan Umno/BN.

Maka dengan kemenangan Umno/BN 100 kerusi + Pas 140 kerusi Pas akan menjadikan kedudukan mereka 140 kerusi dan dapat perintah negara dengan majoriti yang mudah!

 "Calon dipilih (bertujuan) untuk memerintah negeri dan negara, sebaliknya bukan untuk perintah kampung. Calon mesti diambil daripada latar belakang pelbagai bidang dan lapangan," katanya di sini

Jelas di sini bahawa Pas tidak mampu memerintah negara dengan hanya menang dengan 40 kerusi sahaja melainkan dia menjadi barua atau khadam kepada Umno/BN

Inilah kerjasaama Pas dan Umno/BN.Bermakana, jika korang undi Pas, sebenarnya korang memberikan undi untuk Umno/BN. Maka GST akan kekal. 1MBD akan kekal. Harga barangan akan terus naik dan menindas rakyat. IMAMS akan diperkenalkan semula...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :