Pengguna di Malaysia bayar lebih mahal untuk Internet lebih laju


Pengguna di Malaysia bayar lebih mahal untuk Internet lebih laju Satu kajian terhadap lebih 3,351 pakej jalur lebar di seluruh dunia menunjukkan pengguna di Malaysia membayar lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain. 

PAKEJ Internet di Malaysia lebih murah berbanding negara di Asia Tenggara lain tetapi tidak berbaloi dari segi nilai wang, lapor Malaysiakini hari ini.
Satu kajian terhadap lebih 3,351 pakej jalur lebar di seluruh dunia oleh kaunter penyelidikan pasaran BDRC Continental dan platform perbandingan perkhidmatan Internet Cable.co.uk, antara 18 Ogos dan 12 Oktober tahun ini menunjukkan rakyat Malaysia membayar lebih tinggi dari segi kelajuan berbanding negara-negara di Asia Tenggara.
Rakyat Malaysia membayar kira-kira RM12.85 bagi setiap Mbps dan menduduki tempat keenam daripada 10 negara di Asia Tenggara yang dianalisis dalam penyelidikan.
Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina lebih murah dengan kadar RM0.23/Mbps, RM1.79/Mbps, RM6.15/Mbps, RM10.05/Mbps dan RM11.72/Mbps.
Empat negara Asia Tenggara yang menawarkan jalur lebar bulanan lebih mahal dari segi Mbps ialah Brunei (RM16.84/Mbps), Laos (RM50.89/Mbps), Kemboja (RM78.26/Mbps) dan Myanmar (RM108.51/Mbps).
Kaji selidik ini juga mengukur kelajuan muat turun dan masa yang diperlukan untuk memuat turun filem HD 7.5GB dan mendapati Singapura terpantas dengan 18 minit 34 saat, diikuti Thailand dalam tempoh sejam 46 saat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :