PKR MENGAKU KESIPUAN NAK TUNTUT JAWATAN!!!

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir mengaku pihaknya malu untuk bertanya kepada pihak PAS negeri berkenaan isu lantikan politik dalam Rejim PAS Negeri bagi sesi 2018.

Menurutnya, amalan lazim sebelum ini, Rejim PAS itu akan meminta cadangan nama daripada PKR, selewat-lewatnya bulan November setiap tahun untuk lantikan tahun seterusnya, namun sehingga kini tiada apa-apa permintaan dilakukan.
“Sekarang ni kita tak tahu ke mana (kedudukan dalam kerajaan negeri). Jadi diam begitulah. Biasanya setiap akhir tahun (kerajaan negeri) minta nama-nama untuk kita cadangkan tapi tahun ni tak ada.
Kerajaan PAS tak minta (nama), mungkin ditamatkan atau disambung tu kita tak boleh nak komen. Kita pun malu nak pergi tanya,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Isu berkaitan dengan lantikan Politik dalam Rejim PAS Kelantan mula bermasalah selepas Muktamar PAS membatalkan hubungan kerjasama politik dengan PKR pada April yang lalu.

Kesan pembatalan hubungan politik itu telah memecahkan PKR Kelantan kepada dua kumpulan; Pertama kumpulan yang menyokong PKR Pusat pimpinan Wan Azizah untuk bersama-sama dengan DAP, PAN dan PPBM dalam Pakatan dan kedua, kumpulan yang mahu mengekalkan hubungan dengan PAS tanpa DAP, PAN dan PPBM.

Kemelut itu berpanjangan, sehingga berlaku insiden pecat memecat dalam PKR Kelantan dan ada pihak yang mendesak Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri kerana didakwa pro-PAS.

Secara tidak lansung, kemelut PKR di negeri Kelantan ini adalah bukti bahawa kepimpinan yang diterajui oleh Wan Azizah itu terlalu lemah dan tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Maka atas sebab itu Presiden PKR itu dilabelkan sebagai 'Tunggul Kayu'!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :