Malah ramai dalam kalangan orang Islam di Malaysia mempunyai salah faham dengan konsep Zimmi.
Tanggapan Zimmi sebagai masyarakat kelas kedua dalam negara Islam dahulu adalah pandangan syaaz (pelik) dan dipopularkan oleh majoriti orientalis.
Ia bercanggah dengan prinsip umum Islam yang menjamin karamah insaniah (kemuliaan manusia) dan hak sama rata manusia.
Dalam sejarah Islam, golongan ini diberi peluang memegang jawatan kerajaan kecuali jawatan yang memang lansung berkaitan dengan keagamaan seperti Imam dan Khatib.
Mereka terlibat dalam penentuan dasar negara rakyat keseluruhannya tetapi tidak terlibat dalam hal ehwal keagamaan rakyat umat Islam.
Malah terdapat dalam sejarah terutamanya zaman Abbasiyah, rakyat beragama Kristian dan Yahudi dilantik menjadi menteri dan gabenor di wilayah-wilayah Islam seperti Nasar Harun, Isa Qasturas, Abu Saad Tastari, Bahram Armani dan lain-lain.
Bagaimanapun, majoriti ulama pada zaman ini seperti Sheikh Dr Yusud Al-Qaradhawi, Sheikh Dr Ali Al-Qaradhagi, Sheikh Ben Bayyah, Sheikh Dr Ghannoushi, Sheikh Dr Raysuni, Sheikh Dr Muhammad Imarah, Dr Tariq Ramadhan, Sheikh Dr Mohd Parid dan lain-lain sepakat yang konsep Zimmi tidak wujud kerana wujudnya perbezaan konsep dan konteks kenegaraan.
Konsep ini diganti dengan konsep Muwathonah (kewarganegaraan) yang memberi hak sama rata kepada semua warganegara selagimana mereka mengiktiraf Perlembagaan termasuk hak untuk mengundi dan diundi di dalam pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>