Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding sebanyak mungkin kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Abdul Hadi berkata, ini kerana PAS akan bersama dengan Gagasan Sejahtera, sebaliknya bukan dengan BN atau Pakatan Harapan.
"PAS dengan angkatan sendiri. Seluruh negara seboleh-boleh kita akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen.
"Bagi negeri Terengganu kita akan bertanding di semua kawasan. Insya-Allah, menang atau kalah itu cerita lain.
"Apa yang penting setelah kita berazam, bertawakal kepada Allah, ahli-ahli mesti patuh dan taat, " katanya.
Bukan calon perintah kampung
Abdul Hadi berkata demikian dalam video yang dimuatnaik di halaman Facebooknya hari ini, memaparkan ucapan beliau dalam program Countdown 100 hari PRU14, di Marang, Terengganu hujung minggu lalu.
Sebelum ini, PAS dilaporkan berkeyakinan untuk meletakkan calon di 100 daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, parti itu yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi selain percaya dapat memerintah di empat negeri di semenanjung.
Sementara itu, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang turut menyentuh mengenai calon-calon yang bakal dipertaruhkan parti itu.
Beliau berkata, PAS Pusat akan menentukan pemilihan calon yang dipilih melalui pelbagai latar belakang.
"Calon dipilih (bertujuan) untuk memerintah negeri dan negara, sebaliknya bukan untuk perintah kampung. Calon mesti diambil daripada latar belakang pelbagai bidang dan lapangan.
"Justeru, PAS Pusat akan menentukan calon-calonnya, maka amalan tidak taat kepada calon pilihan pemimpin sangat merugikan," katanya.