RAFIZI BAGI ALASAN, "FITNAH KECIL" TAKUT KENA SAMAN!!!

Ooo!!! Baru hari la kita tau yang dalam kitab hukum fitnah Si Rafizi ni ada kategori. Ada satu fitnah besar yang boleh diambil tindakan undang - undang. Ada satu fitnah 'Bergurau' yang perlu dimaafkan.

Dan hukum fitnah terbaru yang diberikan oleh Si Rafizi tu ialah 'Fitnah Kecil' yang dilakukan terhadap Datuk Rahman Dahlan tidak perlu dibawa sehingga ke mahkamah katanya.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi, rakyat sedia maklum dengan hukum - hukum Fitnah dia ni. Maka atas dasar itu Si Rafizi ni kata tindakan undang - undang tidak perlu diambil.
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Si Rafizi tu, yang kita harapkan ianya tidak akan mengubah sebarang tindakan yang telah dibuat oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadapnya.

Hakikatnya, rakyat tidak la sebodoh seperti yang Si Rafizi tu sangka. Rakyat sedia maklum bahawa alasan 'kesilapan kecil' Si Rafizi itu adalah disengajakan untuk memburukkan Kerajaan.

Pokok pangkalnya, fitnah tetap fitnah. Takde istilah Fitnah Kecil, Fitnah Besar mahupun Fitnah Bergurau seperti mana yang sering menjadi alasan Si Rafizi ni. Kot ya pun dia takut kena saman, jangan sampai tahap nak ditonjolkan kebodohan dia tu depan orang ramai!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :