Malah Raja-Raja Melayu turut dizalimi dan dimalukan seperti yang dialami oleh Raja-Raja Johor. Kata TMJ, Tun Mahathir berusaha membubarkan Askar Timbalan Setia negeri Johor, Tun M juga melarang disambut Raja Johor di lapangan terbang malah JKR dilarang membaik pulih kerosakan istana Johor. Malah bonda TMJ diarah keluar dari kereta pada tahun 1992.
Pada tahun 1985, ramai yang mati ditembak seperti Almarhum As Syahid Ibrahim Libya dan orang-orang Memali.
Pada tahun 1983, baru 2 tahun manjadi Perdana Menteri, Pegawai Bank Bumiputera Almarhum Jalil Ibrahim turut dibunuh dalam skandal BMF.
Rakyat bawahan yang dikesan menentang akan ditransfer kerja ke tempat lain seperti dibuang ke Labuan, Sabah dan Sarawak. Ramai suami dan isteri berpisah secara tiba-tiba kerana arahan Tun M ketika itu. Kehidupan mereka jadi porak-peranda dan bercerai-berai.
Kenapa Tun M baru sekarang nak minta maaf? Tujuannya untuk mendapatkan kuasa semula, mahu menjadi Perdana Menteri semula dan perbuatan zalimnya akan berulang semula! Adakah rakyat mahu kembali kepada zaman Diktator? Samantha pembunuhan orang-orang tertentu seperti Memali? Zaman penyeksaan seperti Anwar Ibrahim dipenjara, ditumbuk dan dipukul?
Tun M lupa apa yang dia lalui sekarang adalah balasan dari Tuhan di atas kekejamannya selama 22 tahun memerintah. Allah bayar cash sekarang.
Sekarang baru dia nak minta maaf. Sepatutnya Tun M minta maaflah kepada orang-orang yang dizaliminya dan yang telah mati di atas tangannya dan perbuatan zalimnya semasa 22 tahun memerintah.
Adakah Rakyat Malaysia mahu kembali kapad Zaman Kezaliman dan Zaman Diktator Tun Mahathir??? Ingatlah dan ingatlah jangan kita terpedaya dengan tipu helah lakonan Tun M !