Serang hubungan dgn China: Daim pura2 tak faham ECRL


PPBM meneruskan untuk kitar semula kritikan terhadap kejayaan Dato Najib mendapatkan pelaburan dari China dengsn Tun Daim mempersoalkan ECRL:

Daim persoal sama ada projek China pinjaman atau pelaburan
http://ift.tt/2j8hREU

Ianya dijawab seorang akademik:

ECRL a domestic investment, says academic
http://ift.tt/2oBqPjJ

Tetapi agak kurang pemahamannya.

Menurut blog Cucu Top Selampit:

Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin cuba mengelirukan Rakyat kerana mendakwa Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak membawa keuntungan sebaliknya menyusahkan negara kerana perlu membuat pinjaman. Dipetik kenyataan beliau di dalam Free Malaysia Today, baca di sini, menggesa Kerajaan untuk membawa pelaburan ke negara ini supaya peluang pekerjaan akan dapat disediakan kepada Rakyat.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak tidak pernah berselindung atau menyembunyikan apa-apa fakta. Dari awal lagi beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85% dibiayai pinjaman mudah dengan kadar faedah 3.25% daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun.

Sementara 15% lagi projek ECRL dibiayai program sukuk yang diuruskan  bank-bank pelaburan tempatan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30% kontraktor Malaysia terlibat di dalam ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.


Menjawab pertanyaan Tun Daim adakah ECRL membawa keuntungan kepada Malaysia?

Jawapannya adalah YA!

ECRL akan mengimbangi pembangunan ekonomi Pantai Barat dan Timur kerana merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan, pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di Pantai Timur.

Kedua, Pelabuhan Kuantan bakal menjadi terminal laut dalam yang mampu menampung  kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit dua puluh kaki kontena.

Sama seperti 'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, Tun Daim juga terdesak untuk menjatuhkan kerajaan DS Najib Tun Razak semata-mata kerana mahu menjaga kepentingannya melebihi kepentingan negara dan Rakyat.

Kesimpulannya, menjawab pertanyaan Tun Daim sama ada ECRL adalah bentuk pinjaman atau pelaburan, apa yang pasti ECRL adalah pelaburan Malaysia untuk masa depan.

Read more at http://ift.tt/2oJDeSE

Seeloknya Tun Daim lebih risaukan di mana duit RM32.5 billion forex BNM hilang?

Sehingga kini, Tun Daim masih tidak berusaha menyangkal tuduhsn ICB kepunyaannya yang mempunyai rangkaisn bank di negara2 dunia ketiga adalah rangkaian cuci wang untuk sebahagian wang yg kononnya dikatakan rugi tetapi sebenarmya di curi.

Rentilah permainsn propaganda mursh untuk kaitkan Dato Najib atau UMNO.bersekongkol.dengsn China komunis.

Sebab Mahathir dah lama mulaksn dulu. Malah yang menjempug Geely menyertai Ptoton adalah Mahathir.

Lupaksh Mahathir akan EAEC atsu EAEG?

Dia yg syorkan China keluar dari malu-malu untuk mainkan peransn ekonomi dsn politik di dunia


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :