Ada pihak yang berpandangan bahawa Keputusan Perhimpunan Agung UMNO tidak mahu ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada Pehimpunan Agung UMNO selepas Plihnraya 14 sebagai usaha untuk mengekalkan kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Presiden.
Saya mempunyai pandangan yang lain. Bagi saya keputusan ini adalah kebijaksaan dan kehalusan politik Jawa diatas politik Bugis yang akan menyebabkan sepupu Najib, Datuk Hishamuddin Hussein terpaksa memberikan laluan kepada Zahid kearah terus menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya menjadi MO1.
Harus diingakan cadangan ini dibawa oleh Pemuda UMNO yang ketuanya Khairy Jamaluddin telah pun melafazkan bahawa Najib bukanlah seorang pemimpin popular tetapi seorang negarawan berpandangan jauh yang menunjukan Khairy memahami dimana terletaknya kekuatan parti dan juga di mana masa depannya dan Zahid Hamidi pun telah menjamin masa depan tertinggi bagi Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat yang memberi sokongan kuat supaya dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan mendorongkan sokongan dari Puteri UMNO.
Walaupun Najib telah membayangkan hasratnya terhadap masa depan Hishamuddin dengan melantiknya menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di bawahnya di samping Menteri Pertahahan tetapi nayatalah sekarang Hishamuddin tercepit dan terkeluar dari ketentuan yang cuba dilakukan oleh Najib.
Demi maruah ,Najib akan terpaksa berundur sekiranya BN atau UMNO kembali berkuasa pada pilihanraya 14 dengan kemenangan yang kecil yang akan membuktikan beliau bukanlah lagi seorang pemimpin yang popular dalam parti dan juga di kalangan rakyat.
Ini adalah suatu stratiji politik yang cukup halus,membaling batu sembunyi tangan yang menjadi tradisi UMNO dalam menjatuhkan pucuk pimpinan secara terhormat dari sejak era Tunku Abdu Rahman Perdana Menteri Pertama hingga kepada Abdulah Badawi tetapi gagal dilakukan oleh Datuk Harun Idris dan juga Anwar Ibahim.
Bukalah mustahil Najib juga akan terpaksa memberi laluan secara terhormat kepada Zahid seperti Pak Lah memberi laluan kepada Najib mengikut proses menjatuhkan pemimpin sercara beradat dan beradab sopan kerana tersandar pada kenyataan beliau tidak lagi popular .
Sekiranya rakyat dapat membaca permainan politik antara Bugis dan Jawa ini maka mereka akan memberikan lagi sokongan kepada UMNO tetapi dalam pada itu mereka akan mempastikan kemenangan Najib bukanlah kemenangan yang ti bermaruah.