Skandal 1MDB: Umpan gadis cantik untuk tangkap Jho Low, kata Dr M

Terdapat dua cara untuk 'menangkap' Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, kata mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pertama dengan mengumpan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu dengan gadis cantik.
"Jho Low dilindungi oleh kuasa besar. Tidak tahu ke mana dia menghilang. Saya cadangkan kerajaan, umpan dia dengan gadis cantik dan anda akan dapat dia," kata beliau.
Cara kedua untuk menangkap Jo Low, tambah beliau dengan 'menangkap' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Satu lagi cara pastikan najib kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Bila dia bukan lagi perdana menteri dia tidak ada kuasa untuk salah guna kuasa, maka (kerajaan) boleh tangkap dan boleh tanya, Najib di mana kawan baik kamu Jho Low," kata Mahathir dalam forum 'Jho Low dilindungi China?' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) malam ini.
Forum itu anjuran gerakan 'Anak Muda Cari Jho Low' (AMCJL) inisiatif Pemuda Amanah.
Kuasa besar lindung Jho Low 
Mahathir salah seorang panelis mendakwa Jo Low dilindungi kuasa besar.
"Terpulang kepada anak muda untuk mencari Jho Low kerana generasi mereka yang akan membayar hutang RM42 bilion 1MDB.
Mahathir turut memetik dakwaan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang menyebut wang 1MDB disalahgunakan untuk membeli barangan kemas dan kapal persiaran mewah.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu juga mengulang dakwaan beliau bahwa cukai GST adalah cara kerajaan membayar hutang akibat skandal 1MDB.
Mahathir juga menegaskan Najib tidak menghormati kedaulatan udang-undang dan mengawal agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti polis, SPRM dan pejabat Peguam Negara.
Nak cari Jho Low, tangkap Najib
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :