SYED SADDICK MEROYAN TAK DAPAT BELI RUMAH!!!

Ketua Pemuda PPBM hanya ibarat seperti katak di bawah tempurung apabila mempersoalkan kegagalan Kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan belia di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, Syed Saddiq sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan itu kerana isu perumahan golongan belia sudah lama diperjuangkan oleh Pemuda Umno.

Beliau berkata, setiap tahun Pemuda Umno membangkitkan isu tersebut termasuk membahaskannya di Perhimpunan Agung parti bagi memberikan pandangan akar umbi mengenai keperluan perumahan di kalangan generasi muda.

Menurut Jamawi, banyak skim perumahan disediakan kerajaan untuk golongan belia antaranya Skim Perumahan Belia BSN, yang menyediakan bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 bagi dua tahun pertama.
“Kerajaan juga menyediakan program Perumahan Transit Belia Kuala Lumpur, untuk bantu golongan muda B40 yang bekerja di Kuala Lumpur memiliki rumah sendiri.
“Manakala, harga sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru RM124 sebulan,” katanya.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Syed Saddiq bahawa kegagalan kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik untuk belia akan menyebabkan mereka dihukum pada PRU14.

Jamawi berkata, usaha Kerajaan membantu golongan belia memiliki rumah sendiri tidak terhenti setakat itu sahaja kerana bagi kawasan luar bandar, Kerajaan turut menyediakan Skim Rumah Bina Negara melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Program perumahan ini disediakan khusus kepada golongan belia generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agensi di bawah kementerian seperti Felcra dan Risda.
“Harga yang ditawarkan bagi Rumah Bina Negara Risda adalah RM65,000. Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000. Ini bermakna pemohon hanya perlu membayar RM45,000 sahaja,” katanya.
Pada masa sama, Jamawi turut mempersoalkan kesungguhan parti pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang yang juga gagal menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :