'Peguam PAS dulu' Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak mustahil Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mampu menjadi perdana menteri.
Beliau mengulas secara berseloroh kenyataan Mohd Amar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, seperti yang disiarkan Sinar Harian semalam berkenaan soal 'tak mustahil'.
Menurut Malaysiakini yang memetik laporan itu, Mohd Amar berkata tidak mustahil jika perdana menteri Malaysia dipilih di kalangan pemimpin PAS, walaupun jumlah kerusi dimenangi parti itu di Dewan Rakyat berkurangan.
Mengambil contoh PRU 1990 di mana kemenangan PAS dibantu oleh Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah - tokoh yang menjatuhkan pentadbiran PAS di negeri itu pada 1978 - Mohd Amar berkata sudah banyak hal pelik berlaku pada parti itu yang "di luar pemikiran manusia".
"Pilihan raya akan datang, PAS mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau perdana menteri adalah PAS. Jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya (gambar) seperti dipetik Sinar Harian semalam.
Mohd Amar tak mustahil jadi PM - Hanipa Maidin |
Hanipa yang merupakan anggota Jawatankuasa Pusat AMANAH berkata beliau seronok membaca kenyataan Mohd Amar itu.
"Saya setuju sepenuhnya...Tetapi alang-alang berbicara hal yang tak mustahil, lebih baik ambil yang paling ekstrem.
"Katakanlah beliau bertanding dan menang di peringkat DUN, tak mustahil (tetap) mampu menjadi perdana menteri jika mengikut teori beliau," katanya di laman Facebooknya 'Peguam PAS dulu'.
Nama tersebut ekoran kedudukannya sebagai pengerusi lajnah undang-undang ketika masih berada dalam PAS dan dikenali sebagai peguam utama yang menguruskan kes perundangan pemimpin parti itu.
Tidak berhenti setakat itu, Hanipa meneruskan usikannya pada Mohd Amar;
"Tak mustahil juga jika beliau jadi perdana menteri, akan tetap tinggal di Kelantan dan berulang alik ke Kuala Lumpur dengan Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
"Habis sebelum 2024 (tahun ECRL dijadual siap) macam mana YB? Apa masalahnya, tak mustahil beliau dibawa terbang oleh angin. Bukankah kita bercakap tentang 'semua' tak mustahil?" katanya lagi.~ sumber
Komen al-Husseyn :
Saya setuju sangat dengan cadangan Hanipa jika Mohd Amar jadi PM supaya tetap tinggal di Kelantan....
Bayangkanlah kalau Mohd Amar jadi PM terlepas pergi ke persidangan antara bangsa di PBB .... tentu gawat dengan gelak ketawa bila dia berucap kerana sudah tentu dia akan mengalahkan Maharaja Lawak!
Tak caya korang amati english Mohd Amar sewaktu ditemuramah oleh 60 minutes CBC dulu. Cakap omputeh merapu rapu - dia kata kerat tangan dari elbow (siku)? atau wrist - pergelangan tangan?
Dia yang duk kalut dengan kerat tangan tu pasai apa? Yang nak dipinda adalah akta 355 - mana ada kerat tangan utk pencuri atau rejam dgn batu bagi penzina Muhsan dalam RUU355?
MOHD AMAR KATA, POTONG TANGAN DARI SIKU?