UMMI HAFILDA SAHKAN NURUL FADLI DITUGAS SIMPAN DUIT RASUAH AZMIN ALI

Ummi Hafilda Ali adik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak terkejut dengan berita penangkapan anak saudaranya, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya berita penahanan itu tidak mengejutkan kerana SPRM telah mengekori anak saudaranya sejak setahun yang lalu.
“SPRM tak suka suka tangkap..boleh disaman kalau salah guna kuasa.. SPRM dah ikut dia hampir setahun..dah cukup bukti baru boleh bekukan akaun dan cekup,”kata Ummi Hafilda dalam satu kenyataan di Facebook.
Ummi Hafilda berkata abangnya, Azmin sebagai Menteri Besar Selangor tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku terhadap anak saudaranya itu.
“Bapak sedara yang subahat lantik proxi..lulus projek untuk kepentingan diri..budak mana ada kuasa. Maka dia ‘as’ MB salah guna kuasa,”katanya.
Ketika menjawab tangkapan anak saudaranya itu bermotif politik untuk memburukkan Azmin menjelang PRU 14, Ummi Hafilda bertanya dari mana anak saudaranya memiliki duit sebanyak RM 4 juta.
“Statement bingai..duit 4 juta dalam akaun yang telah dibekukan tu datang mana..nenek sapa bagi..SPRM dah ikut nearly one year movement depa sebelum. Dicekup..so tak payah fitnah SPRM..nanti.awak pulak yang dicekup,”katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :