VIDEO MB PAHANG YANG TAK KELUAR MEROSAKKINI!!!

Beberapa hari yang lepas, laman portal Merosakkini membuat laporan mengenai aksi YAB Menteri Besar Pahang melalui satu paparan video sekerat yang dikutip dari Facebook PSM Pahang.

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu tidak menjelaskan kenapa YAB Menteri Besar Pahang marah kepada beberapa orang masyarakat India yang datang dari Cameron Highland.

Menurut laporan yang disiarkan, penduduk Cameron Highland itu datang bagi menuntut hak dan geran ke atas tanah yang telah mereka duduki sejak berpuluh - puluh tahun yang lalu.

Berikut merupakan paparan video yang berdurasi selama 8 minit 33 saat yang menyaksikan pertemuan diantara YAB Menteri Besar Pahang bersama penduduk dari Cameron Highland tersebut:
Antara lain, dalam pertemuan itu, YAB Menteri Besar Pahang memaklumkan, pihak Kerajaan Negeri sebelum ini menerima sebanyak 4 ribu permohonan geran tanah dari Cameron Highland.

Namun, katanya, selepas Ops Gading dijalankan, hanya 600 permohonan sahaja yang diterima untuk diproses dan dipertimbangkan. Setakat ini, 150 geran sudah pun diserah kepada pemilik.

Bahkan sewaktu pertemuan itu juga, ada dikalangan mereka yang hadir mengakui bahawa mereka telah pun menerima geran seperti yang telah disebut oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Malah, dalam pertemuan itu juga, ada isu yang tidak ada kaitan lansung dengan soal geran tanah ini. Diantaranya ialah mengenai permohonan tapak seorang penduduk untuk membuka 'Car Wash'.

Maknanya, berita yang disampaikan kononnya MB Pahang lansung tidak mempedulikan permohonan yang dibuat oleh penduduk dari Cameron Highland itu adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, pihak Kerajaan Negeri Pahang tetap menjalankan tugas walaupun tidak didesak oleh mana - mana pihak. Hanya puak pembangkang seperti wakil PSM itu sahaja yang cuba menangguk di air yang keruh dan mempergunakan kesusahan orang lain demi kepentingan peribadinya sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :