VIDEO TUN MUSA : MAHATHIR PEMBOHONG DIA ADA DI KL SEMASA PEMBUNUHAN MEMALI Minggu, 31 Desember 2017 Artis, Berita, Indonesia, Malaysia, Menarik, Pemerintahan, Politik, Ragam, Terkini, Unik MUFTI JUGA KAFIR KATA TUN MAHATHIR Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus mencipta kontroversi dan kali ini dakwaan dilihat cukup berat. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir. Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut. “Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti Pas, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir. “Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, di sini hari ini. Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahunya, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam. Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berterusan menyerang Pas sebagai parti yang memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali. “Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. Pas sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam,” katanya. Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, beliau sedang meneliti tiga kawasan. “Saya mungkin akan bertanding di tiga kawasan Parlimen iaitu Kubang Pasu, Langkawi dan Putrajaya. Rakyat memberi gambaran bahawa saya diterima dan mempunyai peluang jika bertanding di sana,” katanya. Tweet Subscribe to receive free email updates: Related Posts :‘UMNO dan budaya samseng tak dapat dipisahkan’… Read More...Tubuh RCI siasat skandal FGV, FELDAPAGOH, 13 JUN: DAP menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraya (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian berbilion ringgit yang ditanggung Felda Glo… Read More...Skandal FGV: Bersatu, NGO hantar memorandum desak Isa letak jawatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (Peneroka) hari ini hadir di Wisma Felda untuk menghantar… Read More...Duta Malaysia di Chile kena rompakMALAYSIAKINI Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya kehilangan sejumlah barangan kemas dan wang seleas dirompak … Read More...Liew: MCA yang minta bazar Kluang dipindah, bukan DAP Anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata bazar Ramadan di bandar itu dipindahkan ke tapak baru atas kehendak MCA kira-kira 10 … Read More...