Felda yakin berlaku penyelewengan dalam penukaran hakmilik tanahnya di Jalan Semarak dan telah membuat laporan polis mengenainya.
Pengerusi Felda Shahrir Samad berkata, selain laporan polis, Felda juga telah membuat permohonan kaveat persendirian ke atas tanah itu.
Jelasnya, ia dilakukan oleh syarikat yang diberi kuasa sebagai wakil Felda iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd telah menjual sendiri tanah itu kepada syarikat lain yang dikuasai firma berkenaan.
Tegasnya, Felda tidak pernah menerima satu sen pun duit daripada urusniaga berkenaan, walau rekod jual beli menunjukkan tanah berkenaan dijual dengan nilai RM270 juta.
"Pemegang PA (surat kuasa wakil) menjual tanah itu kepada dirinya sendiri dan Felda yang memiliki tanah itu tidak menerima sebarang wang," kata Shahrir.
Kataya, Felda mengambil tiga tindakan – membuat laporan polis, membuat kaveat persendirian atas tanah itu dan berunding dengan syarikat berkenaan.
"Kita tidak akan berhenti dengan laporan polis sahaja tetapi juga tindakan sivil dan seterusnya mendaftar kaveat ke atas tanah itu di samping membatalkan PA kepada syarikat itu," tegas Shahrit.
Shahrir bercakap dalam sidang media di ibu pejabat lembaga tersebut petang ini bersama timbalan menteri di jabatan perdana menteri Razali Ibrahim.
Related Posts :
Mahkamah Bebaskan Musa Aman, Khalid Pula Yang Meroyan
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela TS Musa Aman supaya anak guamnya dilepaskan … Read More...
RM250,000 Dalam Bilik Syed Saddiq, RM600,000 Dalam Rumah Budak Armada, Dr Mahathir Tak Nak Buat PC Ker?
Penyelewengan, salah laku dan rasuah Armada terbongkar.
SPRM telah menahan 5 orang pemimpin Armada untuk disoal siasat dalam kes penyele… Read More...
PPBM Akan Kembali Ke Pangkuan UMNO Atau Ahli Baru Muafakat Nasional?
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.
Apa yang dapat kita tafsirkan dari gambar di atas?
8 Jun yang lalu, Setiausah… Read More...
Anwar, Mahathir Dijangka Adakan Pertemuan Petang Ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan secara tertutup p… Read More...
R. Sivarasa Di Panggil PDRM, Petanda Awal Kes LTTE Di Buka Semula
Penghujung bulan Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin memaklumjkan kerajaan akan meyemak semula pembebasan 12 individu yang di… Read More...