Utusan, Berita Harian, TV3 atau RTM?
Atau oleh portal yang dibayar dan dibiayai UMNO serta kerapkali sebelum ini menyiarkan berita-berita palsu?
Bukan...ia dilaporkan oleh Harakah, media rasmi milik parti Islam, Pas!
Apa...? Harakah...?
Terkejutlah segala beruk, kera dan monyet di hutan mendengarnya kerana biasanya berita-berita seumpama itu hanya mainan akhbar yang tidak laku atau portal yang dibayar tunai saja.
Tetapi, kenapa Harakah menyiarkan laporan sedemikian?
Sejak bila akhbar parti Islam pandai membuat spekulasi sampah?
Itukah yang yang menjadi sebab mengapa Harakah semakin tidak laku kebelakangan ini, membuang ramai pekerjanya dan menawarkan gaji bulanan hanya RM1000 sahaja kepada wartawannya?