Oleh Syam Ghaz
Pada 19 Jan 2018, bendera Parti Amanah Negara kembali berkibar di Wisma Tok Guru setelah Mahkamah telah membuat keputusan mengekalkan status quo bangunan ini menjadi milik Dato Husam Musa sehinggalah keputusan akhir dibuat.
Bermakna Pas Kelantan kini berputih mata, selepas mereka habis duit membayar RM700,000 kepada tuan tanah melalui pintu belakang (ADO pergi ke rumah pemilik tanah untuk melakukan proses tukar hakmilik tanah).
Harini diadakan Majlis Kesyukuran bagi meraikan kejayaan ini, fokus seterunya adalah ambil alih Kota Darulnaim, pusat pentadbiran Negeri Kelantan daripada Pas.
Rakyat Kelantan boleh menilai sendiri sikap Pas, dalam bab Hak Milik Tanah, mereka sanggup berbuat apa saja, janji nafsu mereka puas. Tidak bolehkah dibuat rundingcara dulu, untuk menyelesaikan dengan cara baik?
Rakyat Kelantan yang celik politik, kita semua mesti membuat keputusan. Pilihlah parti yang reti bertimbang rasa dengan rakyat.
Tanah tersebut adalah atas nama isteri si mati. Apabila arwah mati, pas pergi pujuk isteri si mati supaya menjua tanah tersebut kepada Pas melalui pintu belakang. Pas menawarkan harga yang sangat tinggi...
Tujuan Pas nak halau Husam dari Wisma Tok Guru. Pas nak halau macam tu shja org yg dh bina premis atas tanah tu? Silap haribulan kes selesai dengan Kena Bayar kos tambahan untuk bangunan!
Hak milik tanah juga dituntut oleh ahli keluarga si mati kerana mereka merasakan mempunyai hak ke atas tanah tersebut menurut hukum faraid lalu menuntutnya melalui mahkamah.
Perkara tuntutan faraid ini perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi memutuskan hak milik sebenar tanah tersebut.
Jika tanah dan lot2 bangunan itu jatuh kpd ibu si mati atau adik-beradik si mati, maka akibatnya tersengihlah Pas jadinya!
Pas Kelantan membayar RM700,000 untuk;
1x Solat Hajat
1x Ceramah
1x Program Pasti Salor
1x Ceramah Pemuda
1x Ceramah
1x Program Pasti Salor
1x Ceramah Pemuda
Jika duit itu digunakan untuk kebajikan staf Harakah pun lagi baik. Siapa kata Pas tiada duit? Pemimpin kaya raya, cuma kekayaan berlingkar dikalangan pemimpin dewa dewa sahaja.
Yang ahli pula wala sepanjang masa, hingga kena tipu hidup hidup atas tiket kononnya "bekorban untuk perjuangan", pemimpin pula kejap tambah kereta, tambah tanah, tambah bini dll.