AZMIN KESIPUAN, EZAM KOTAK JADI KEMPEN MANAGER!!!

Hahaha!!! Memang betul - betul baculsungguh Si Azmin Ali ni rupanya ya. Tak sangka pulak sampai begitu teruk sekali buah kerandut dia kecut sehingga terpaksa menggunakan kempen Manager.

Memang sejak dari awal lagi, kita sudah dapat menduga yang Si Azmin Ali ni mempunyai cita - cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri. Tapi dia sendiri takut nak menyatakannya secara terbuka.

Perkara itu dapat dilihat melalui kenyataan yang dibuat sejak kebelakangan ini dimana Si Azmin Ali tu dikatakan tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Mahathir sebagai PM Pakatan.

Seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini, Si Azmin Ali tu tidak mungkin akan menyatakan hasrat dia untuk menjawat jawatan tersebut secara terbuka. Maka sebab itu dia gunakan orang lain.

Nak pulak bila Si Azmin Ali tu memang terkenal dengan amalan Politik Longkangnya. Kalau sebelum ini, dia pandai mempergunakan PAS untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor.

Dan kali ini, sekali lagi Si Azmin Ali tu menunjukkan sikap baculnya apabila terpaksa mempergunakan Si Ezam Kotak untuk mengangkat nama dia sebagai calon Perdana Menteri Pakatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Ezam Kotak tu menggesa agar jawatan Perdana Menteri dari kalangan puak Pakatan Haprak tu diberikan kepada orang yang lebih muda.

Alasannya, pembangkang perlu berani melakukan perubahan dengan mencalonkan Azmin sebagai Perdana Menteri dan bukannya Tun Mahathir yang didakwa sudah terlalu lama dalam kancah politik negara.

Tapi, Si Ezam Kotak yang banyak helah dan tipu muslihat ni pandai juga. Dia tidak hanya menamakan Si Azmin Ali tu sahaja sebagai calon. Sebaliknya, dia heret sekali nama Mukhriz sebagai Timbalan.
“Harapan (PH) juga semestinya lebih berani menamakan Azmin sebagai perdana menteri, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) sebagai timbalan perdana menteri bersama Nurul Izzah Anwar dan beberapa tokoh-tokoh muda lain membina pasukan mantap di Putrajaya.
“Berubah bukan asal berubah. Ia harus mempunyai asas kukuh. Meletakkan Azmin sebagai perdana menteri ada asasnya. Beliau berjaya mentadbir Selangor dengan cemerlang hanya dalam tempoh tiga tahun diberi amanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan Si Ezam Kotak ini seolah - olah merujuk kepada kehendak dan kemahuan yang sangat menjadi dambaan tetapi terpaksa disembunyikan oleh Si Azmin Ali tu selama hari ini.

Dan tidak mustahil sekiranya Si Azmin Ali ni sekali lagi main tikam belakang dan cuba merampas jawatan Perdana Menteri Pakatan Haprak tu disaat - saat akhir seperti mana yang pernah dilakukan terhadap Wan Azizah bagi merebut jawatan Menteri Besar Selangor!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :